Generasi Reformasi PKR anjur kempen jelajah negara, bermula malam ini

Generasi Reformasi yang turun gelanggang pemilihan PKR kali ini akan bertemu ahli-ahli dan  pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di peringkat akar umbi melalui program Roadshow Generasi Reformasi (RGF) di setiap negeri mulai malam ini.

Ia susulan debat sulung antara bakal calon jawatan ketua AMK yang diadakan di Taiping hujung minggu lalun.

Rafizi Ramli yang menawarkan diri dan sudah pun layak bertanding jawatan ketua AMK berkata, pendekatan ini diambil bagi menyuburkan amalan demokrasi seraya diterima oleh  kesemua anggota parti.


“Kami ingin mengucapkan jutaan  terima kasih kepada anggota Keadilan, pihak media dan orang ramai yang memberikan pelbagai reaksi positif sejak pengumuman kami menawarkan diri untuk jawatan-jawatan tertinggi Angkatan Muda Keadilan Pusat pada 1 September lalu.

“Generasi Reformasi akan turun berjumpa ahli-ahli dan pimpinan AMK di peringkat akar umbi di setiap negeri melalui program Roadshow Generasi Reformasi,” katanya.

Program RGF pertama akan diadakan di Kelab Darul Ehsan, Ampang dekat sini pada pukul 8.30 malam.

“Selain bertemu anggota dan  menjawab pertanyaan, barisan Generasi Reformasi juga akan membentangkan manifesto dan pelan rancangan  menyuntik dinanisme AMK sepanjang program-program ini di seluruh Malaysia,” katanya.

Katanya, bagi menjamin proses pemilihan ini berlaku dengan adil dan tidak menindas mana-mana pihak, Generasi Reformasi memilih untuk menganjurkan sendiri keseluruhan program ini tanpa melibatkan mana-mana premis atau kemudahan parti.

“Jentera kami juga akan menghubungi secara peribadi seberapa ramai anggota AMK di setiap kawasan yang kami akan kunjungi untuk memastikan seramai mungkin anggota AMK turut serta dalam  proses pemilihan bersejarah ini.

“Oleh itu, kami mengambil kesempatan ini untuk menjemput mana-mana anggota AMK yang ingin atau telah  menawarkan diri untuk bertanding jawatan-jawatan pusat untuk menggunakan kemudahan program ini dan bertemu dengan anggota-anggota akar umbi, sebagai sebahagian dari usaha kita menyuburkan demokrasi,” katanya.

Selepas Kelab Darul Ehsan, Gerakan Reformasi akan bertemu anggotanya di Ipoh pada 26 September dan Kuantan (28 September).

Kemudia ia akan menyusur ke  Shah Alam (29 September),  Bandar Hilir (1 Oktober), Kota Kinabalu I (2 Oktober) dan keesokannya akan  ke Kota Kinabalu II.

Sementara pada 5 Oktober mereka akan berhimpun di Subang, dan seterusnya di Negeri Sembilan (6 Oktober), Kuala Lumpur (13 Oktober) dan Johor (14 Oktober).

Selain itu, dua sesi pertemuan akan bermula pada 16 hingga 17 Oktober di Sarawak dan menyusur semula ke negeri Selangor pada 18 Oktober.

Pertemuan di peringkat akar umbi ini kemudiannya diadakan di Perak pada 19 Oktober dan  pada 20 Oktober RGF akan berada di Kuala Lumpur semula.

Lain-lain tarikh  pertemuan ialah pada 22 Oktober di Kedah, Pulau Pinang (23 Oktober), Terengganu (29 Oktober) dan Kelantan (30 Oktober).

Sehubungan itu beliau menyeru seluruh anggota AMK hadir supaya calon-calon yang menawarkan diri boleh dinilai dari segi kemampuan karisma masing-masing.

Malah  katanya, sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut berhubung RGF tersebut boleh diajukan  kepada Saifullah Zulkifli yang juga merupakan calon AMK Pusat di talian  013-3005461.

No comments:

Post a Comment