Mereka tidak tidak puas hati kerana mendakwa Ronnie kurang menyediakan perkhidmatan kepada pengundi di situ. Seorang penduduk yang menyertai protes tersebut, Tew Leong Yew memberitahu Malaysiakini bahawa Ronnie tidak pernah melawat kawasan untuk menyelesaikan masalah mereka, dan sebaliknya menuduhnya hanya sibuk menguatkan kedudukan politiknya.
Penduduk juga merasakan bahawa DAP secara tidak adil telah memecat Tee Boon Hock, yang didakwa mereka orang yang benar-benar bekerja di kawasan tersebut.
"Tee berkhidmat untuk kita, tapi dia dipecat oleh parti."
Tew berkata penduduk Pandamaran menghadapi banyak masalah antaranya masalah saluran longkang dan lampu jalan.
Beliau mencerita bagaimana bekas ADUN di situ akan menjadualkan tugas pekerja untuk membersihkan saluran longkang besar di kawasan itu bagi mengelak banjir.
"Tapi, selepas Ronnie menang, dia tidak pernah menghantar orang untuk membersihkan saluran longkang dalam masa dua tahun ini. Banjir berlaku setiap kali hujan," katanya.
Kumpulan tersebut bagaimanapun tidak pergi menemui Ronnie tetapi terus berkumpul di pejabatnya.
Tew berkata, protes itu dirancang minggu lalu dan oleh itu mereka tidak tahu yang Ronnie akan menghadiri satu majlis di situ.
No comments:
Post a Comment