Empat cabang pelaburan KWSP yang utama didedahkan iaitu;
- Pelaburan Sekuriti Kerajaan-Bon dan pinjaman wang kepada projek Kerajaan.
- Pinjaman Korporat-Pinjaman wang kepada syarikat termasuk GLC
- Pelaburan Dalam Pasaran Wang-FOREX
- Pelaburan Ekuiti-Pembelian saham-saham dalam syarikat berpotensi termasuk syarikat judi, arak dan lain-lain. Ini termasuk juga dalam projek bailout syarikat kroni BN yang nak bankrap.
Pelaburan pelbagai yang tidak terkawal ini menunjukan sikap tidak sensitif KWSP dalam menguruskan sumber kewangan umat Islam. Ini amat mengecewakan kerana mereka melaburkan wang yang diambil secara paksarela begitu sahaja.
Dengan organisasinya yang besar, adalah tidak logik KWPS tidak mampu untuk membuat pengasingan. Jika sistem perbankan masakini boleh perkenalkan perbankan konvesional dan Islamik, kenapa KWSP tak boleh?
Bagi saya KWSP sudah tiada alasan dalam hal ini, semua teori dan alasan yang diberikan selama ini sudah lapuk. Dan hari ini sesuatu perlu dilakukan bagi membentuk struktur pelaburan KWSP yang baru.
No comments:
Post a Comment