Pemuda Umno mengajak semua anggota parti supaya meneruskan tradisi berkunjung dari rumah ke rumah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi mendekati masyarakat.
Anggota Exconya Hishamudin Yahaya berkata tradisi itu juga boleh digunakan untuk meninjau masalah yang dihadapi penduduk sekaligus berusaha menyelesaikannya dengan kadar segera.
"Selain dapat meneruskan tradisi orang Melayu ini, kesempatan tersebut boleh digunakan untuk menyelami permasalah penduduk...Apa yang penting, semua masalah tersebut dapat diselesaikan dengan kadar segera selain dapat merapatkan lagi hubungan dengan akar umbi," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Ziarah Raya Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Parit di sini hari Isnin.
Sempena program berkenaan, sebanyak 15 rumah yang didiami pesakit kronik dan Orang Kelainan Upaya (OKU) telah dikunjungi anggota rombongan yang turut disertai oleh Ketua Umno Bahagian Parit, Datuk Zaim Abu Hassan dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Parit, Khairul Syahril Mohamed.
Sempena program ziarah, penduduk terbabit turut menerima sumbangan berupa duit raya serta pelbagai barangan keperluan harian yang disampaikan.
No comments:
Post a Comment