Beberapa Perbezaan Antara
UMNO vs PAS
(Siri 1 )
CIRI-CIRI DALAM UMNO | CIRI-CIRI DALAM PAS |
Perlembagaan ciptaan manusia yang diluluskan oleh MT dan dipinda untuk kepentingan dari masa kesemasa | Perlembagaan disedut dari Quran dan Sunnah yang dikaji oleh JKT Perlembagaan dari masa ke semasa |
Matlamat untuk membangunkan | Matlamat untuk mendirikan kerajaan Islam yang bernaung di bawah perintah Al-Quran dan As-Sunnah |
Sandaran hukum yang dijalankan dan diamalkan serta menjadi pegangan ialah Perlembagaan | Sandaran hukum yang dijalankan berpandukan hukum hudud sebagai mana tercatat dalam Al-Quran dan Sunah |
Menjadikan tahun 2020 untuk mencapai wawasan menjadi negara 'paling' maju di dunia | Sentiasa mahu mematuhi wawasan Al-Quran dan Sunah supaya pentadbiran negara tidak terkeluar dari landasan Islam pada segenap masa |
Menjadikan pembangunan dan keamanan sebagai agenda penting dalam mengekalkan kuasa | Menjadikan ketakwaan sebagai asas pembangunan dan pencapaian matlamat perpaduan dalam memelihara kuasa |
Ahli-ahli terdiri dari orang Melayu | Ahli-ahli terdiri dari rakyat berugama Islam |
Perjuangan ahli adalah perjuangan bangsa dan semangat kebangsaan | Perjuangan ahli adalah jihad dengan nilai yang tinggi di sisi Tuhan |
Ahli-ahli bukan Islam digabungkan melalui MCA, MIC, Gerakan selaku parti komponen | Ahli-ahli bukan Islam digabungkan melalui penyertaan ahli bersekutu |
Ahli-ahli mempunyai hak yang sama tetapi PM mesti orang Melayu | Ahli-ahli mempunyai hak yang sama tetapi pemimpin mesti dari kalangan orang Islam yang taat kepada Allah dan RasulNya |
Menjadikan ugama Islam diperintah melalui Jabatan Ugama Islam Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri | Menjadikan ugama Islam memerintah samada di peringkat negeri atau Persekutuan |
Keahlian semakin kecil dengan peningkatan yang kecil dalam peratusan pertumbuhan bangsa Melayu | Keahlian semakin mengembang dengan kemasukan orang bukan Islam secara menganut Islam atau ahli bersekutu |
Kerajaan UMNO tulen - tiada | Kerajaan PAS tulen - Kelantan |
Perdana Menteri berkuasa penuh dan memimpin Majlis Tertinggi | Perdana Menteri akan dipimpin dan dinasihati oleh Majlis Syura |
Ahli-ahli dibawa masuk kebanyakannya kerana tarikan duniawi seperti mendapat projek atau tanah daripada Kerajaan | Rakyat yang insaf tentang kesedaran perlunya kepada perjuangan dan jihad mohon menjadi ahli |
Mengutamakan kroni dan amalan nepotisme dalam pengagihan kekayaan negara, contoh terlalu banyak | Mengagihkan keperluan rakyat secara adil dan saksama sebagaimana diperlukan dengan keutamaan mengikut syariat, contohnya di Kelantan |
Perjuangan kroni dan syarikat korprat diutamakan | Perjuangan membela nasib rakyat sebagai agenda utama |
Pemimpinnya hidup mewah, berumah besar, kereta besar (bini besar??) contohnya Mahligai RM200 juta | Pemimpinnya hidup sederhana memiliki kediaman ala kadar dan banyak berkorban untuk kepentingan rakyat |
Pemimpinnya sering menyerang rakyat yang tidak setia kepada negara 'kununnya' dengan berbagai ancaman dan ugutan | Pemimpin mendampingi rakyat dan sering terharu akan kedhaifan yang menimpa nasib mereka |
Mengumpul kekayaan dengan berlandaskan projek pembangunan rakyat tetapi 'curang' disebaliknya | Membela nasib rakyat dengan mengujudkan projek yang membangunkan mereka dengan tidak mengabaikan pembangunan rohani |
Harta negara adalah harta UMNO dan mendirikan bangunan UMNO diseluruh negara sebagai lambang perjuangan bangsa Melayu | Harta negara adalah amanah dan pembangunan adalah untuk membuktikan kebesaran Allah dan menjunjung perintahNya |
Pemimpin sering menaikkan kadar elaun mereka dengan pelbagai ganjaran dengan kenaikan yang melampau dan keterlaluan | Pemimpin memotong sebahagian gaji mereka dengan menyumbang ke Tabung Jihad untuk membantu yang memerlukan |
Ceramah politiknya penuh dengan ungkapan perpaduan dan pembangunan serta keselamatan negara | Ceramah politiknya penuh dengan kias ulamak, terjemahan hadis dan pembacaan ayat suci Al-Quran |
Perjumpaan pemimpin dengan wakil-wakil rakyat di hotel mewah dan makan minumnya serba mahal dan eksklusif | Perjumpaan dengan rakyat secara terus di mana sahaja |
Memperalatkan kaum wanita dalam agenda pembangunan mereka dan seringkali mereka jadi fitnah | Mengangat martabat wanita sesuai dengan kehendak Islam sebagai wajib diberi perlindungan |
No comments:
Post a Comment