Remaja asing putus tangan ditetak di majlis kahwin

Seorang remaja warga negara asing putus tangan kirinya dikatakan ditetak dengan parang dalam satu majlis perkahwinan di sini malam tadi.

Mohd Rais Roslan, 16, dipercayai ditetak ketika cuba melarikan diri ekoran satu kekecohan berlaku di majlis tersebut di Jalan Haji Sundu, Batu 2, kira-kira 11.15 malam.

“Ketika diserang, dia cuba mengelak namun parang yang di gunakan penyerangnya mengenai tangan kirinya dan putus,” kata Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Imran Abdul Rahman.

Suspek dipercayai seorang warga Indonesia yang dikenali sabagai Hassan, 27.

Suspek terus melarikan diri selepas kejadian sementara mangsa dihantar ke Hospital Tawau.

Difahamkan, tangan Mohd Rais yang putus di bahagian pergelangan tangan itu gagal disambung semula, kata Imran.

Beliau berkata suspek dipercayai masih berada di negara ini dan orang ramai yang mengetahui di mana suspek berada diminta menghubungi Balai Polis Tawau.

No comments:

Post a Comment