Generasi kedua jawab fitnah Ahmad Maslan


Generasi kedua Felda iaitu FELDA KAHANG BARAT, terpanggil saya untuk menjawab "FITNAH" daripada Datuk Ahmad Maslan. Terlebih dahulu ingin saya memulakan dengan isu TABUNG TANAM SEMULA yang di wujudkan oleh FELDA. Tidak dinafikan tabung ini memberi manafaat kepada warga Peneroka. Pernah kami merayu kepada FELDA untuk tidak membuat pemotongan ketika HARI RAYA memandangkan ketika itu harga kelapa sawit tidak begitu baik dan rayuan kami tidak dihiraukan. Maka kami adik-beradik menangis kerana tidak dapat pulang kekampung akibat kesempitan wang.

Walupun ada pemotongan untuk tabung tanam semula, bapa saya masih juga membuat "PINJAMAN ASB" di MAYBANK pada tahun 1995 sebanyak RM20,000. Pelik juga saya, bila ditanya kepada ayah apa tujuan dia membuat pinjaman tersebut. Ayah menyatakan ia adalah wang untuk persediaan menampung kos untuk tanam semula kelapa sawit.Setelah 10 tahun berlalu, wang tersebut telah pun matang maka tibalah masa untuk pokok kelapa sawit ditebang. Betapalah sedih bila diberitahu oleh FELDA bahawa duit tanam semula yang di kumpul hanya boleh dikeluarkan sekiranya pokok TUA ditebang dan pokok MUDA telah pun tumbuh. Selepas itu perlu ada pemeriksaan dari pihak FELDA. Mujur Ayah saya telah membuat perancangan awal.

Tahukah rakyat malaysia, mereka yang mempunyai keupayaan mengusakan sendiri penanaman semula terpaksa membuat pinjaman BANK untuk kos PENEBANGAN POKOK, RACUN, ANAK BENIH, BAJA yang kosnya menelan belanja hampir RM20,000. Sedangkan FELDA senang lenang menguruskan tanah tersebut dengan duit yang telah tersedia dalam tabung tanam semula.

Pihak FELDA perlu sedar, Mereka BOLEH MEMPERBODOHKAN warga peneroka yang rata-ratanya tidak mempunyai taraf pendidikan yang rendah akan tetapi kami anak-anak warga Felda yang mempunyai MENTALITY tinggi tidak akan membiarkan ibu bapa kami diperlakukan sebegini.

MAKA, saya nak bangkitkan persoalan yang daripada DATUK AHMAD MASLAN, memang wujud 2 golongan:

1. Beliau juga mendakwa wang tanam semula RM17,000 diguna peneroka membeli motor, kereta dan membaiki rumah. Golongan ini mempunyai modal sendiri [simpanan@pinjaman bank] untuk menguruskan kebun dan duit tanam semula tersebut di keluarkan oleh felda selepas melepasi syarat-syarat yang ditetapkan. Maka wang tanam semula adalah satu "bonus" atas mereka dan terpulang pada mereka untuk mebelanjakannya.

2.Antaranya kenyataan Ahmad yang mendakwa kebun peneroka tanam sendiri menjadi hutan, penuh dengan babi, ular sawa, tikus dan kumbang. Golongan ini tidak mempunyai Modal untuk menguruskan kebun dan sepatutnya golongan ini dibantu oleh FELDA dengan mengeluarkan WANG TANAM SEMULA yang menjadi HAK mutlak peneroka. Mereka mempunyai keupayaan tetapi tiada modal.

Maka, dengan ini saya menolak sekeras-kerasnya, tuduhan bahawa pihak peneroka Felda MENYALAHGUNAKAN WANG TANAM SEMULA dan saya mengangap ia satu FITNAH.

No comments:

Post a Comment