Kepura-puraan Pemimpin BN

"Najib mendakwa dia tidak dapat menyelesaikan masalah perkauman yang kerap ditimbulkan oleh golongan tertentu, terutamanya kakitangan kerajaan. Dia menambah bahawa semasa memerintah selama 22 tahun, Mahathir sendiri mengakui kegagalan menghapuskan masalah tersebut. Rakyat mengetahui dengan mendalam bahawa kenyataan ini bersifat melempar batu sembunyi tangan.

Persoalannya bukanlah boleh atau tidak boleh. Sama ada UMNO atau MCA atau MIC, mereka sebenarnya tidak hendak menghapuskannya hingga ke akar umbi. Semua orang tahu bahawa parti-parti itu ialah parti perkauman dan sayogialah menggunakannya untuk kelangsungan hidup parti masing-masing.
Dengan menggunakan perkauman, mereka boleh menakut-nakutkan orang Melayu dengan melabelkan DAP sebagai anti-Islam. Dengan menggunakan perkauman, mereka boleh mengugut orang Melayu supaya tidak menyokong PAS jika tidak mahu suara dan kuasa orang Melayu sirna di bumi Malaysia.

Majoriti rakyat Malaysia sudah tahu sikap berpura-pura para pemimpin yang berjuang atas landasan perkauman ini. Minoriti rakyat Malaysia yang tiada maklumat dan berfikiran sempit seperti warga emas Pulau Pinang yang "memulangkan" wang ehsan Kerajaan Pulau Pinang sahaja mampu diperbodoh-bodohkan oleh pemimpin UMNO.

Kebijaksanaan rakyat amat menakutkan mereka. Dalam keadaan terdesak inilah Najib merayu supaya BN diberi mandat lagi dalam PRU Ke-13. Aktor Lucah Soi Lek pun turut menakut-nakutkan orang Cina. Kenyataannya tentang DAP hanya mampu menambahkan sokongan bukan Melayu kepada PAS dan ugutan tentang PAS akan menguasai Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat jika menjadi realiti penuh dengan prasangka. Mengaitkan Islam dengan kemunduran dan ketidakadilan mengesahkan kecetekan pemikiran orang yang mengeluarkan kenyataan itu.

UMNO, MCA, dan MIC akan hanya menjadi juara rasis. Oleh sebab tiada upaya menolak unsur itu keluar dari batang tubuh mereka, segala usaha dibuat untuk menyeret Pakatan Rakyat ke dalam arus berbahaya itu. Ketiga-tiganya tidak pernah ambil pusing tentang kesucian dan keadilan yang diperjuangkan Islam. Mereka ditenggelami Islamopobia.

UMNO lebih rela menggunakan isu agama untuk menyesatkan orang Melayu dalam isu wang judi tanpa menghiraukan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang bekas mufti seolah-olah mereka lebih bijak daripada mufti. Kebijaksanaan itulah yang menyebabkan mereka menghalalkan loteri kebajikan masyarakat. Kebijaksanaan itulah yang menyebabkan mereka membenarkan kasino beroperasi di negara ini.

Kebijaksanaan itulah yang menghalalkan mereka menggunakan wang magnum, toto, pusat pelacuran untuk membayar gaji kakitangan awam, membantu rumah-rumah kebajikan, dan sebagainya.

Kepura-puraan pemimpin BN, terutamanya UMNO tidak akan berhenti selagi mereka diberi kuasa. Rakyat perlu menghentikannya. Jangan biarkan mana-mana juga parti rasis menguasai pemikiran rakyat. Kini bukanlah masa untuk kita hidup dalam kepompong perkauman yang menyesatkan itu. Kita perlu membina hidup baru dengan berkongsi kemakmuran negara, bukannya merampas hak rakyat untuk kepentingan diri sendiri, lepas satu dasar berpindah ke dasar lain.

Siapa yang berpendapatan tinggi kalau tidak pemimpin UMNO-BN dan kroni mereka? Bolehkah Pak Cik dan Mak Cik yang pulangkan duit RM100.00 di Pulau Pinang itu berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti? Tidak payah mimpilah.

Azrin Ren ヅ : Bukan mudah orang-orang cina nak termakan dengan permainan politik arahan UMNO-BN ni. masih ingat keputusan pilihanraya Hulu Selangor???

Credit Posted :  Bang Azrin

No comments:

Post a Comment