Kula batal sidang akhbar pada saat akhir

Timbalan pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran telah membatalkan pada saat akhir, sidang akhbar berhubung apa yang dipercayai krisis dalam kepimpinan DAP negeri itu.


Difahamkan beliau telah dipujuk oleh pimpinan tertinggi DAP supaya
bertenang untuk tempoh seminggu ini.

Beliau sepatutnya mengadakan sidang akhbar itu pagi ini untuk mendedahkan dakwaan usaha puak 'Ngeh-Nga' untuk melemahkan pemimpin yang tidak sehaluan dengan mereka.

Puak 'Ngeh-Nga' - panggilan yang diberikan kerana pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Khoo Ham (paling kiri di foto bawah) dan setiausahanya, Nga Kor Ming (tengah) adalah sepupu - terlibat dalam konflik dengan ramai pemimpin DAP di negeri itu sejak beberapa tahun lalu kerana tidak selesa dengan gaya kepimpinan autoritarian kedua-duanya.

Usaha untuk menyelesaikan konflik tersebut berlangsung dalam mesyuarat pimpinan tertinggi DAP di Ipoh malam tadi, yang turut dihadiri penasihat parti, Lim Kit Siang.

Bagaimanapun, rundingan damai itu gagal dengan kem Kulasegaran mendakwa bahawa puak 'Ngeh-Nga' enggan berkompromi atau mengotai janji mereka

No comments:

Post a Comment