The March to Putrajaya yang diharam kini di internet

Penulis Kim Quek berkata pengharam bukunya The March to Putrajaya - Malaysia's New Era (Berarak ke Putrajaya - Era Baru Malaysia) telah mendorong karya itu masuk ke "pentas dunia" melalui saluran Internet.

Penganalisis politik itu berkata, bukunya - yang diharamkan Kementerian Dalam Negeri kerana mengandungi tuduhan "tidak berasas" terhadap pemimpin negara dan menimbulkan kebencian awam terhadap perlembagaan negara - kini boleh dibaca dalam talian atau dimuatturun.


"Inilah yang sepatunya berlaku. Warga negara ini tidak patut dikurangkan akses kepada maklumat percuma oleh kerajaan hanya kerana ia dianggap tidak menyebelahi regim sedia ada," kata Quek (kiri) dalam satu kenyataan.

"Negara di mana warganya diberikan maklumat yang telah dikawal oleh negara - dan tiada lagi yang lain - adalah negara yang terkebelakang, yang gagal dengan malumat dan era globalisasi ini," katanya.
Menurut Quek juga, tiada negara akan maju dan berkembang dalam persaingan di dunia teknologi maklumat sekiranya kerajaan terus bertindak sedemikian.

No comments:

Post a Comment