Penduduk yang menghadapi masalah sewajarnya membuat aduan kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, bukannya Umno.
Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali berkata, ini supaya saluran perbincangan dapat diurus dengan baik, bukannya bersuara kepada Umno atau badan bukan kerajaan (NGO) yang sering bertindak bertentangan dengan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat.
Justeru, katanya, AMK dan Dewan Pemuda PAS Negeri bersedia menggalas tanggungjawab sebagai barisan hadapan memperjuangkan nasib orang Melayu bagi menggantikan Umno kini 'nyawa-nyawa ikan'.
ketika berucap pada majlis ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri di perkarangan Markaz Tarbiyah PAS di Pongsu Seribu, semalam berkata, mulai saat ini masyarakat Melayu wajar memberi sokongan kepada Pakatan untuk mengepalai isu Melayu yang selama ini kononnya diperjuangkan oleh Umno.
"Umno dah nyawa ikan di Pulau Pinang, mereka tidak boleh lagi bergerak membantu meningkatkan sosioekonomi atau mengatasi permasalahan membabitkan orang Melayu, mereka hanya mengacau," ujarnya.
Katanya, mereka juga mencipta berbagai isu Melayu kononnya kerajaan tidak prihatin terhadap peniaga dan perkampungan Melayu yang semakin terhakis ekoran pembangunan yang tidak terancang.
Selain itu, Umno juga mendakwa banyak kampung Melayu akan musnah di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ramai peniaga Melayu terpaksa gulung tikar akibat perpindahan ke lokasi yang tidak sesuai.
Padahal, kata Amir, semua isu tersebut berpunca sejak era pentadbiran BN lagi tetapi kebetulan masih berlaku lagi apabila Pakatan Rakyat emerintah isu tersebut meletup.
"Para peniaga pun kenalah sabar dan melihat siapa punca sebenarnya. Bila Kerajaan Pakatan Rakyat mahu buat perubahan mengikut peraturan sebenar, mereka cuba menentang dengan campur tangan Umno," katanya yang juga Ketua AMK Cabang Permatang Pauh.
No comments:
Post a Comment