Mustaffa Kamil: Saya mahu menang bermaruah

Calon timbalan presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berkata, beliau rela kalah kepada dua lagi pencabarnya Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim daripada mendapat kemenangan secara tidak adil, seperti melalui politik wang dan permainan kotor.

"Kita akhirnya mahu kemenangan yang bermaruah, kemenangan yang berprinsip," katanya naib presiden PKR itu dalam wawancara dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur kelmarin.

"Malahan, dalam apa keadaan pun, kita lebih rela kalah kalau kalau akhirnya kita terpaksa menggadaikan prinsip kita (untuk menang), kena politik wang, sogokan dan seumpamanya."

Ini kerana, menurut bekas pemimpin persatuan beliau dan aktivis NGO Islam itu, agenda "politik nilai" - meliputi elemen kesederhanaan, elemen kasih sayang, perpaduan, mengutamakan perkhidmatan dan bercirikan people centric - yang diperjuangkannya lebih penting.

Sebelum itu, Mustaffa menegaskan kepentingan pertandingan yang adil bagi dalam persaingan merebut jawatan parti, khususnya kerusi nombor dua yang turut ditandinginya.
"Ada dua pelumba, ada tiga pelumba (untuk satu jawatan) lagi baik... yang penting mesti fair play (adil). Jangan ada orang terdas sana, terdas sini.

"Sebab kita akhirnya kena bermain dalam satu pasukan (PKR) dalam pilihan raya umum ke-13 nanti." katanya yang berulang kali menegaskan keperluan perpaduan sesama pemimpin PKR.

Berikut beberapa intipati wawancara dengan tokoh yang dianggap mewakili 'kumpulan ABIM' dalam PKR itu:
Tentang peluangnya
Peluang itu ada dan baik. Tetapi saya perlu kerja keras, perlu bertemu sendiri di semua peringkat...(Saya) akan pastikan dalam siri jelajah, saya akan bertemu seramai mungkin anggota parti, terutama di Selangor di mana sebahagian besar anggota PKR di situ. Kedua, peranan media baru dan alternatif sangat penting kerana ia dijadikan sumber maklumat yang penting.

Fokus dalam parti
Terdapat keperluan supaya timbalan presiden (baru) memberikan fokus pada pemerkasaan parti dan menerapkan politik nilai dalam PKR. Kebetulan saya bukan ahli yang berhormat (YB). Jadi saya boleh lebih fokus pada pemerkasaan parti kerana PKR berumur lebih sedekad dan perlu benar membina budaya kuat. Lepas Mac 2008, kita dapat saksikan berlaku pertambahan hampir 100 peratus ahli baru. Oleh yang demikian, perlu ada proses pendidikan politik menyeluruh untuk pastikan mereka benar-benar menghayati perjuangan keadilan.

Sandaran untuk menang
Dengan latar (dalam aktivisme) kepemudaan, kebeliaan, gerakan Islam dan akademik, termasuk politik Umno, itu semua sebahagian daripada latar, khazanah pemikiran dan pengalaman yang saya miliki. Terrmasuk di peringkat antarabgnya yang saya ceburi sejak 20 tahun lalu. Mungin ada label tertentu, (sama ada) daripada kelompok mana, tetapi itu sebahagian daripada sejarah saya... Itu mempengaruhi tasauwur, welstancheung (pandangan alam) dan kerangka pemikiran saya.

Agenda "politik nilai" retorik, kabur, konsepsual dan tak jelas?
Saya faham (ia) agak sedikit konsepsual. (Tetapi) sebahagian besar anggota PKR dapat menangkapnya dalam imaginasi mereka. Saya faham, bagi anggota baru kelihatan lebih abstrak.

Ini cabaran, saya setuju. Saya percaya, sesuatu yang tangible (nyata) itu lebih menarik minat. Saya kena terkemahkan yang lebih realistik dalam bentuk yang boleh diukur dan dilihat supaya dilihat lebih mudah.

Insiden negatif dalam pemilihan PKR
Kita telah latih lebih 2,000 orang melalui Akademi Keadlian. Saya akui masih ada ruang. (Bagaimanapun) saya lihat proses pemilihan tak gagal. Daripada 206 cabang, 95 peratus berjaya dan berjalan lancar, baik tanpa sebarang peristiwa yang tidak diingini. Malangnya beberapa media ambil kesempatan, besarkan dan bina persepsi umum seolah-olah masalah cukup besar dalam parti.

Penyertaan pemimpin baru dalam PKRKita telah kita lakukan beberap program, sebahagiannya bawah kendalian saya, (dan) timbalan presiden Syed Husin Ali, (antaranya program) khusus buat ahli parlimen dan dewan negeri lama dan baru... Ada pencapaiaan, walaupun masih ada ruang banyak perlu diperkemas.

'Kelantangan' Zaid
Zaid punya prinsip sebab itu beliau sertai PKR. Saya tetap beri (beliau) gambaran positif. Bila beliau sertai PKR, maknanya beliau punya jiwa reformasi PKR, tak tunduk tekanan penguasa politik dan dominasi kuasa politik tertentu. Soal baru dalam PKR, terserah pada anggota untuk buat penilaian. Ada orang cepat belajar dan buat pengesuaian.

Kritikan Zaid pada parti
Anggota PKR bijak menilai. Saya kurang pasti apa niat sebenar beliau. Saya percaya, anggota PKR bijaksana dalam konteks membuat pilihan kalau mereka rasa (itu) keterlaluan dan bukan pendekatan konstruktuif kepada parti... Berbeza dengan politik Umno, pemimpin mereka tidak boleh dikritik.

Langkah pertama sebagai timbalan presiden
Langkah pertama pada hemat saya, kita aturkan saf di kalangan pimpinan, terutama anggota parlimen dan dan ADUN sebab imej mereka membina persepsi umum. Itu mesti diberi keutaman supaya kelompok ini benar-benar dibina satu ikatan kohesif dan mantap menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang,

Penilaiaan terhadap perpaduan pemimpin PKR
Setakat ini tiga bintang.... dalam tempoh sebelum pilihan raya umum, kalau pun tidak lima (bintang), (mesti) sekurang-kurangnya 4.5.

Tentang latar belakangnya yang rencam
Dalam hal ini, apa yang penting adalah bagaimana kita mengadun watak dan penampilan kita dengan suatu yang bersesuaian dengan citarasa rakyat malaysia, dalam masa sama tidak menggadai prinsip kita. Sama seperti adunan makanan. Dalamnya ada manis, masin, ada pahit dan ada juga masamnya. Tetapo kalau aduannya itu betul, empat rasa itu sedap.

Beza dengan Azmin
Biarlah anggota PKR menilainya. Kalau saya, itu kan berat sebelah. (ketawa) Kekuatan Azmin, dia ada imej kuat bersama Anwar. Zaid dilihat menteri yang berprinsip sehingga letak jawatan untuk bersama dalam dengan perjuangan rakyat. Ya, kekuatan saya, saya juga meletakkan jawatan sebagai setiausaha politik (Tan Sri) Muhyiddin Yassin untuk bersama dengan reformasi dan PKR. Cuma kurang glamor sebab sudah lama. Sepuluh tahun dah.

Soal dengan Anwar, saya tidak bekerja dengan Anwar, tetapi Muhyiddin. Tetapi idealismenya, saya sekian dalam dengan Anwar. Waktu pelajar dulu, sebagai presiden PMUKM (Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia) , PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) saya undang beliau dalam wacana yang babitkan mahasiswa dan generasi muda pada masa itu.

Menjadi calon 'underdog'
(Itu) tak apa. Saya akui saya lewat buat pengumuman rasmi walaupun ada desakan dariapda Perak dan beberapa cabang daripada sabah dalam bentuk memorandum, surat dan SMS.

Sebab lambat umum bertanding
Dalam masa yang sama saya tidak mahu berada dalam polemik (persaingan) itu terlalu lama sebab ada kerja parti yang saya terpaksa selesaikan dahulu, terutamanya puluhan siri program latihan yang saya ditugaskan. Oleh yang demikian, saya tidak mahu umum ketika porgram itu masih berjalan.. Kalau saya umum waktu itu, orang lihat saya perkudakan progam itu untuk kempen sebagai timbalan pengerusi PKR.

Pasukan regu
Saya sedang pertimbangkan. Ada positif dan negatifnya (berkempen dengan regu). Dari satu segi, ada pasukan langsung kempen. Keburukannya bila ada tokoh akan rasa tersisih. (Ketawa kecil) Memang saya pertimbangkan keperluan itu, tetapi belum saya muktamadkan.

Jaminan tidak berundur
Berdasarkan perbincangan dengan pasukan kempen, kawan-kawan dan cabang, kita (tetap) di tahap timbalan. Soal jaminan itu, dalam politik, kita terpaksa terbuka kepada perbincangan, Tetapi saya insya-Allah, pada tahao ini saya tegas degan tawaran kita untuk bersaing di tahan timbalan presiden

Kod etika berkempen
Betul ada kod etika parti, tetapi bukan cukup terperinci. Dan parti pun tak mampu buat secara terperinci untuk (pemilihan langsung) kali pertama. Jadi ada hal tertentu kita (calon) kena runding sesama kita dari segi hendak fair play (persaingaan adil)

Ketua umum (Anwar) bertindak sebagai pengadil dalam masa yang sama.... Kita anggap beliau ketua umum jadi pengadil yang baik. Tengok betul-betul tak ada yang main nakal atau foul play (main kotor) dan seumpananya. Dan beliau tahu menilai kesemua pemain pasukan yang ada untuk membina pasukan (persediaan) untuk pilihan raya umum yang akan datang.

Penilaan terhadap presitasi sendiri
3.5 bintang. Saya menilai banyak ruang kerja mesti saya lakukan. Saya tawaduk. (Tetapi) Di pihak anggota, mereka boleh menilai sejauh mana (prestasi saya).

No comments:

Post a Comment