Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim (gambar) telah meninjau kawasan terbabit pada jam 9.00 pagi kelamrin dengan diringi oleh Ketua PAS Cawangan Kuala Bagan Tiang, Haji Bakhtiar.
Menurutnya, penduduk memaklumkan bahawa masalah itu akan selesai jika pihak penguasa tempatan dapat membina benteng penghalang air mengikut saranan mereka yang mencadangkan supaya benteng tersebut dibina sekitar dua kaki lebih tinggi daripada paras jalan yang sedia ada.
Katanya, sebahagian kecil telah dibina mengikut ketinggian yang boleh mengelakkan limpahan air namun itu pun tidak menepati piawaian benteng yang kukuh.
Tinjauan mendapati benteng walaupun dibina dengan ketinggian dua kaki, tetapi amat nipis dengan beberapa retakan serta pecah telah ditemui pada kawasan bawah benteng tersebut.
Penduduk juga memaklum bahawa benteng tersebut perlu ada paip besar yang memudahkan saliran air yang bertakung untuk mengalir ke sungai.
Khalil menghubungi pihak berwajib bagi mengatasi masalah tersebut.
No comments:
Post a Comment