PKR batal keputusan pemilihan pimpinannya di Subang

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat yang bermesyuarat pada 5 Oktober 2010 telah membatalkan pemilihan Cabang Subang, Selangor berikutan ancaman dan ugutan yang diterima pengawas pemilihan itu.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti laporan oleh pengawas pemilihan darihal Pemilihan Cabang Subang yang telah diadakan pada 26 September 2010.

Ancaman dan ugutan itu diterima oleh ahli JPP, Sabaruddin Mohd Yassin, kata Saifudin dalam satu kenyataan medianya hari ini.

JPP juga, katanya,  telah memutuskan dua individu iaitu Saudara Muhammad Najmi Samsudin (no ahli B160000934) dan Saudara Sivam a/l Veeramuthu (no ahli B160000800) telah hilang kelayakan bertanding pada pemilihan Cabang Subang yang akan diadakan semula apakala tarikh baru ditentukan oleh sekretariat  ibu pejabat parti itu.

"Mereka berdua akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin untuk tindakan selanjutnya bilamana mereka akan dipanggil memberi keterangan. Sementara menunggu kes mereka dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin, keanggotaan mereka digantung mengikut fasal 27.3 Perlembagaan Parti berkuatkuasa sertamerta," kata Saifudin dalam satu kenyataannya.

Sementara itu, beberapa cabang PKR di Selangor akan menghantar memorandum bantahan kepada ibu pejabat parti itu kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan beberapa mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang.

Antara cabang yang akan berbuat demikian adalah dari Hulu Selangor, Kuala Langat, Kapar dan Subang, menurut Malaysiakini.

Seorang wakil dari Hulu Selangor Nazar Yakin berkata kira-kira 30 ahli dari cabang tersebut akan hadir untuk menyerahkan memorandum bantahan itu.

Kata Nazar, pihaknya juga tidak berpuas hati kerana pemilihan ketua cabang, timbalan ketua dan ketua wanita terpaksa diadakan semula susulan dakwaan kertas undi yang dikira melebihi daripada jumlah ahli yang hadir.

Dakwanya, mengikut tatacara PKR, sepatutnya pengawas pemilihan yang bertanggungjawab mengumumkannya pembatalan pemilihan peringkat cabang dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bertindak sebagai pemantau

No comments:

Post a Comment