PKR tidak kompromi dengan politik ekstrem

PKR tidak akan berkompromi dengan dengan mana-mana anggota parti yang bersekongkol dengan politik ekstrem Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa).

"Kita tidak akan berkompromi dengan api perkauman yang ditiupkan oleh Perkasa dan Umno ini.

"Parti Keadilan Rakyat adalah parti untuk semua bangsa, ayuh kita tolak anasir ekstrem Perkasa dan Umno ini," ujar kata Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub tengah hari tadi di Akademi Keadilan.Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Perak tidak menolak kemungkinan bahawa sokongan liar Perkasa itu semata-mata untuk memburuk-burukkan imejnya dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoal politik busuk Perkasa dan Umno yang marah apabila pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri dipertikai oleh Azmin.

"Pemimpin PKR matang dalam menangani politik busuk Perkasa-Umno.

"Apakah tidak boleh mana-mana pemimpin parti Keadilan mengkritik Tun?" ujarnya sambil mempersoal tindakan Mahathir memfitnah serta memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri 13 tahun lalu.

No comments:

Post a Comment