AG perjelas mengapa Khir lewat didakwa

khir toyo mansion 060709 06Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata tempoh yang lama diambil sebelum mendakwa bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di mahkamah berhubung isu kediaman mewahnya di Shah Alam adalah kerana ia memerlukan siasatan terperinci dan rapi.

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu
meneliti maklumat-maklumat terperinci yang meliputi nilai rumah, tanah dan hiasan dalamannya.

"Begini. Selepas membeli sebuah rumah dengan harga lebih murah, ia tidak terus menjadi satu kesalahan," katanya sambil menambah, jika tidak, setiap orang yang membeli barang-barang jualan, akan secara automatik melakukan kesalahan.

"Anda harus kembali kepada asasnya (kes), bagaimana hal itu dijalankan, (mendapatkan) saksi; rakaman laporan saksi; supaya segalanya jelas ... terutama ini sudah lama berlaku... kita tidak boleh menjalankan siasatan yang tidak rapi."

Abdul Gani memberitahu wartawan demikian selepas Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Haryoni dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan rasuah hari ini.

Khir Toyo didakwa membeli dua plot tanah untuk membina kediaman mewah itu dari Shamsudin pada diskaun yang besar. Shamsuddin turut didakwa bersubahat dengan Khir Toyo.

Saksi 'akan dilindungi'

NONEAbdul Gani juga memberitahu bahawa pihak pendakwa akan memanggil sekurang-kurangnya 16 orang saksi. Pendakwa juga telah memohon untuk kes itu didengar oleh Mahkamah Tinggi.

Ditanya mengapa kedua-dua tertuduh tidak didakwa di bawah Akta SPRM, Abdul Gani berkata kesalahan itu dilakukan di bawah Kanun Keseksaan.

"Tetapi tuduhan kami adalah dengan berdasarkan Akta SPRM. Jika anda ada mendengar di mahkamah, saya ada menyebutkan bahawa ini adalah kesalahan yang ditetapkan di bawah Akta SPRM, dan, berdasarkan itu, ia menjadi suatu kesalahan yang boleh dirampas.

"Jika ia hanya berdasarkan Kanun Keseksaan, ia menjadi kes saman dan anda mendapat waran tangkap, tetapi kita menggunakan Akta SPRM."

No comments:

Post a Comment