Di dalam entry kali ini ReJaM© nak dedahkan kepada semua pembaca bagaimanakah taktik blogger-blogger upahan UMNGOK memainkan peranan mereka menyebarkan propaganda. Satu perbezaan ketara antara blogger-blogger Mesra-Barisan Nasional dan Blogger-blogger Mesra-Pakatan Rakyat ialah, mereka ini lebih kurang sama kisahnya dengan kempen Pilihanraya kedua-dua parti. Blogger Barisan Nasional diberi upah oleh 'tuan' mereka, manakala Blogger Pakatan Rakyat terdiri daripada blogger-blogger sukarela.
Salah satu buktinya, anda boleh lihat biasanya blogger Pakatan Rakyat ada meletakkan iklan di blog-blog mereka untuk mendapat sedikit sumber kewangan walaupun sebenarnya taklah banyak mana pun selain itu update blog pun kurang kerana kebanyakkan blogger PR adalah penulis separuh masa. Sebaliknya blogger-blogger pro Barisan Nasional tidak meletakkan iklan tetapi hanya mengharapkan disuap dengan makanan oleh 'tuan' mereka sahaja. Malah mereka lebih kerap mengemaskini blog (update) kerana majoriti mereka menjadi blogger sepenuh masa.
Taktik Blogger UMNGOK
Salah satu taktik serangan propaganda blogger UMNO dan Barisan Nasional ini pula, secara "hit and run". Mereka akan menyerang secara berkumpulan, kemudian bersembunyi bagai kumpulan beruk-beruk dan monyet yang menyerang tanaman orang kampung. Apabila ada PRK contohnya, mereka akan membuat cerita bohong atau fitnah dengan selamber tanpa memikirkan dosa. Mereka akan bersepakatmengeluarkan cerita secara serentak, atau bergilir-gilir agar sesuatu isu itu menjadi fenomena dan hangat di satu-satu masa. Mereka tidak kisah walaupun tahu isu fitnah tersebut diketahui akan terbongkar. Apa yang penting bagi mereka, PRK sudah berlalu dan undi sudah beralih kepada Barisan Nasional walaupun dengan cara fitnah.
Satu lagi taktik yang sangat berkesan digunakan oleh blogger Mesra-UMNGOK ini pula ialah taktik 'Khabar angin'. Taktik ini dilihat sangat berkesan di dalam menyebarkan propaganda ke dalam fikiran pembaca, sedikit demi sedikit. Mungkin anda tidak perasan taktik ini, namun sebagai seorang penulis blog, ReJaM© sangat masak dengan perangai mereka ini.
Ibaratkan seorang budak kecil berumur 3 tahun datang membawa berita kepada anda bahawa 'ada zirafah di belakang rumah anda'.Tentu sekali anda sukar mempercayainya kerana budak kecil berumur 3 tahun siapalah nak percaya cakapnya kalau melibatkan hal yang agak fantasi begini? Namun sekiranya datang seratus budak kecil berusia 3 tahun datang membawa berita yang sama, tak banyak sikit tentu akan membuatkan anda ingin melihat bukan? Tapi percayalah, tiada zirafah di belakang rumah anda!
Inilah taktik yang dilihat sangat berkesan dimainkan oleh blogger-blogger UMNGOK bagi menyebarkan propaganda secara perlahan-lahan. Sekali lagi ReJaM© menyeru kepada blogger-blogger dan pemimpin Pakatan Rakyat untuk menyusun koordinasi Blog-blog mesra PR Senjata tajam ini jangan dibiarkan tumpul!
No comments:
Post a Comment