Entah syaitan mana yang merasuk, entah ifrit mana yang telah menunjukkan diri dan entah Khannas mana yang bertapak di hati, Dewan Pemuda PAS Perak menerusi Dr. Raja Ahmad Al-Hiss, Setiausaha DPPP telah mengeluarkan satu Kenyataan Media pada 15 November lalu untuk menafikan penglibatan mereka di dalam apa yang mereka gelarkan sebagai SABOTAJ.
Bertujuan untuk menyanggah Zambry Abdul Kadir, Setiausaha DPPP itu sebenarnya menyerlahkan betapa dia sebenarnya tidak mempunyai ilmu mahupun keupayaan untuk menyanggah pendapat Sahibul Samaah Tuan Mufti Perak, yang membuat kesimpulan berdasarkan fakta, bukti dan penjelasan daripada Zambry Abdul Kadir bahawa tindakannya menghadiri dan menyertai majlis menaikkan tiang rumah itu, tidak khurafat.
Dek kerana bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh PAS, maka keluarkan kenyataan sedemikian. Kenyataan yang diberikan berdasarkan pemikiran songsang, penuh wasangka dan sentiasa memandang buruk orang lain tanpa meletakkan pertimbangan dengan neraca kewajaran. Walhal apa yang diajarkan oleh Islam adalah sebaliknya.
Begitu juga dengan hal SABOTAJ. Berdasarkan klip video Zambry Abdul Kadir, SABOTAJ yang dimaksudkannya, bukannya bermaksud orang PAS telah dihantar atau diutus khas untuk menyertai majlis menaikkan tiang seri itu dan kemudiannya mengadakan upacara yang boleh menyebabkan Zambry Abdul Kadir melakukan perbuatan syirik dan khurafat.
Apa yang dimaksudkannya ialah, PAS telah menggunakan isu itu untuk mensabotaj nama baiknya dan fungsinya selaku Menteri Besar Perak. Dengan kata lain, SABOTAJ yang dimaksudkannya ialah PAS selaku pengamal dan pemeluk Islam, tidak menjelaskan tentang ‘URUF yang dibenarkan dan adat yang bertentangan dengan ajaran agama, sebaliknya mengambil sikap pukul rata mengecop semua ‘uruf sebagai khurafat dan syirik.
Tujuan PAS berbuat begitu adalah untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa UMNO menerusi Zambry Abdul Kadir tidak berkeupayaan untuk memisahkan diri daripada perkara haram dan halal, bahkan terlalu BUTA KAYU dalam berpegang teguh kepada agama Islam.
Mungkin ramai yang tidak terfikir atau begitu maklum tentang sumber-sumber tambahan hukum Islam selepas sumber utama iaitu al Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qias. Sumber-sumber tambahan yang menjadi hukum Islam ialah ISTIHSAN, MASALIH MURSALAH, ‘URUF dan ISTSHAB.
Manakala kaedah-kaedah FIQH pula adalah:
- SETIAP PERKARA BERDASARKAN NIAT
- KEYAKINAN TIDAK MENGHILANGKAN KERAGUAN
- KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN
- KESULITAN MEMBAWA KERINGANAN
- ADAT DITERIMA SEBAGAI HUKUM
- SETIAP PERKARA BERDASARKAN NIAT
- KEYAKINAN TIDAK MENGHILANGKAN KERAGUAN
- KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN
- KESULITAN MEMBAWA KERINGANAN
- ADAT DITERIMA SEBAGAI HUKUM
Mungkin memikirkan kebanyakan orang di Malaysia ini BUTA KAYU dan SAMDOL-SAMDOL belaka dalam ilmu agama, khususnya USUL AL-FIQH, maka Setiausaha DPPP cuba melakukan pemutarbelitan yang diperlihatkan sebagai usaha dakwah yang kunun-kununnya adalah untuk memurnikan akidah.
Hakikatnya apa yang dilakukan oleh DPPP itu tidak lebih daripada cubaan MEMBUTAKAYUKAN lebih ramai umat Islam dan membiakkan sambil menyuburkan budaya TAQLID BUTA kepada mereka dengan alasan, mereka lebih faham hukum-hakam agama.
Dek kerana itulah, mereka terus menyerang Zambry Abdul Kadir dan S.S Mufti Perak yang dilihat sedang berusaha menggalakkan umat Islam di Perak untuk menimba lebih banyak ilmu pengetahuan terutama dalam bidang Syari’e. Itulah sebenarnya yang sangat ditakuti oleh PAS kerana apabila lebih ramai yang celik tentang hukum-hakam Islam, secara tidak langsung mereka akan terpinggir dan dipinggirkan.
PAS tidak boleh menerima kenyataan tersebut. Untuk itulah mereka perlu menggunakan taktik KOMUNIS iaitu menyerang secara terus dan melakukan pendakwaan berdasarkan pemerhatian. Mereka tidak akan memberi peluang untuk mana-mana pihak mentarbiahkan masyarakat bagi membetulkan salah tanggapan yang dihasilkan oleh PAS. Sebaliknya PAS akan terus menyerang dan memperkukuhkan dakwaan mereka dengan menggunakan hukum-hakam yang terhasil daripada akal fikiran mereka, bukannya berpandukan kepada kaedah-kaedah Usul Al-Fiqh yang sebenar.
Situasi yang sama berlaku apabila mereka secara TEGAK-TEGAK mengatakan Zambry Abdul Kadir menuduh PAS mensabotajnya berdasarkan PEMAHAMAN SONGSANG mereka walaupun berdasarkan video klip, ORANG PALING BANGANG dalam dunia ini pun tahu, Zambry Abdul Kadir tidak mengatakan sebagaimana yang difahami oleh Dewan Pemuda PAS Perak.
Penulis: Kelembai Bukit