Nasib Melayu Malaysia Bakal Jadi Melayu Singapura



Inilah hakikatnya selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti jika Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu Keadilan tidak “bersatu hati”.
Saya kata bersatu hati bukan “Bersatu Parti” kerana inilah konsep sebenar yang dipegang oleh kaum Cina Malaysia sekarang.
Di luar nampak ada MCA, Gerakan dan DAP, tetapi sebenarnya mereka mempunyai matlamat yang sama. Iaitu sekurang-kurangnya mengekalkan apa yang mereka sudah ada di sini, jika tidak pun menambahnya. Bak kata pepatah mereka “kerja dan buat apa saja supaya anak cucu makan tak habis”.

Apa buktinya mereka bersatu hati walaupun tidak bersatu parti. Di peringkat EXCO meraka hanya main “Wayang Cina” untuk menghiburkan kita. Tetapi di peringkat akar umbi mereka sudah tahu “apa nak buat” bila tiba masanya.
Lihat bagaimana P.Pinang diambil-alih. Ketika itu Gerakan sedang tenat menghadapi “masalah” sehingga tidak ada kesepakatan mengenai calun-calun mereka. Bila ini berlaku, para pengundi tiada pilihan melainkan “berpindah rumah”.
Soalnya apakah “masalah” yang wujud ketika itu, merupakan masalah yang sebenar atau suatu “gerakan” yang sengaja diada-adakan bagi memberi laluan alternatif kepada para pengundi mereka. Mereka yang pandai main DAM atau CHESS atau CATUR CINA tentu dengan mudah boleh membaca dan faham strategi tersebut.
Wira mereka sekarang ialah LIM GUAN ENG. Beliau merupakan IDOLA sulit mereka sekarang. Contoh terbaik pencapaian mana-mana anak Cina Malaysia. Beliau muda, kacak, bijak, petah, berpengalaman, licik, dari keturunan baik-baik dan kini KETUA MENTERI.
Ling Leong Sik pernah menyebut pepatah Cina “Ikan Busuk Dari Kepala”. Bila kepala busuk, badan tentu akan turut busuk. Orang Cina suka kepada yang segar, bersih dan tidak busuk. Cuba perhatikan bagaimana kepala MCA dibusukkan dengan akendal seknya dan terbaru kepala Gerakan dibusukkan melalui cemuhan Lim Kheng Yaik yang menyifatkan ketuanya sebagai “Burung Unta” yang menyorokkan kepala bila ada masalah.
Semua ini merupakan “pergerakan” yang terancang secara semula jadi. Bila kepala dah busuk, pilihan akar umbi secara lumrahnya akan berpindah kepada yang segar. Walau apa pun cerita wayang yang mereka mainkan, saya yakin DAP akan menang majoriti 2/3 dalam pilihanraya Umum ke 13, MELAINKAN Melayu Malaysia “bersatu hati” dan memainkan strategi yang serupa bagi menjamin mereka dari menjadi Melayu yang layu seperti di Singapura. Nauzubillah.