Nota Maizawati buat Suami


Masih ingat lagi kepada bekas isteri Ustaz Akhil, Maizawati?. Seperti yang kita sedia maklum beliau telahpun berkawin lain. Malah suaminya adalah lebih muda dari beliau. Jom baca notanya buat suami yang dikirimkan melalui Facebook

Khas Buat Suami Yang Tercinta
Ingatlah masa cepat berlalu tapi jangan pernah kau berubah dan mungkiri serta khianati cinta dan janji sumpah setia kita bersama.
Alangkah perit hidup yg lalu ku tempuhi dan masih segar dlm ingatan akan peristiwa pahit namun kau pernah berjanji dan bersumpah yg kau bukanlah DIA dan tidak akan pernah sama dengan DIA.
Jadi buktikanlah sayangku yang kau suami dan kekasih sejatiku dunia dan akhirat.
Ingatlah jangan terlalu asyik mengikut nafsu dunia sedang dunia ini makin tua dan jangan kau duduk dalam khayalanmu semata bangkitlah dan sedar bahawasanya tiada siapa yang tahu hanya kau dan aku sahaja mengetahui segalanya.
Jagalah amanah yg kau terima ini dengan sebaik mungkin, jangan kau sakiti hatinya yang terlalu nipis bak tisu mudah terkoyak bila terkena air mata yang berderai.
Dalam hatinya ada kamu dan tidak pernah terdetik dia ada yang lain inilah janjinya. Selagi kau masih setia pada yang satu.




No comments:

Post a Comment