Rasuah Nik Aziz – Standard Berbeza AG



Bila panel penasihat SPRM mengumumkan bahawa Nik Aziz dan menantunya tidak akan didakwa berhubung kes rasuah haji RM65k dan salah guna kuasa dalam perlantikkan CEO PMBK, penulis rasa geram yang teramat sangat mendengarkan alasan AG dalam menutup kes tersebut.
Alasan kononnya Nik Aziz tidak meminta pakej haji mewah tersebut dan tidak pula menunaikan haji pada musim yang lepas, kedengarannya macam terlalu lemah dan boleh diperhalusi lagi.  Begitu juga dengan halnya pertukaran nama jawatan Arif Fahmi dari COO ke CEO

Dunia pun tahu bahawa Nik Aziz bersedia untukke Mekah musim haji tahun lepas tetapi pendedahan bahawa pakej mewah itu ditaja seorang taukey yang mendapat kontrak membina billboard seluruh kelantan, nik aziz membatalkannya. Tapi nak mengatakan Nik Aziz tak tahu adanya tajaan RM 65 ribu itu, sangatlah tidak boleh diterima dek akal
Minggu sudah, dengar dengar dirinya bakal terkait dengan pertuduhan rasuah haji RM65k minggu ini, Nik Aziz mula sesak nafas dan dimasukkan ke hospital minggu lepas. Pada umur 79 tahun sesak nafas memang perkara biasa sebab kalau ikut pada umur tu Nik Aziz patutnya sedang sibuk bersoal jawap dengan mungkar nangkir atas dosa-dosa mengelirukan umat Islam yang dibuatnya selama ini.
Tapi dengan kemungkinan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa, tekanan dialami Nik Aziz tidak mampu di tanggung tubuh badannya yang bercantum kulit dengan tulang,  maka seminggu Nik Aziz tersadai di hospital.
Keadaan itu sendiri menunjukkan bahawa sememangnya Nik Aziz tahu dirinya bersalah sebab elok sahaja diumuman bahawa kesnya ditutup, Nik Aziz kembali sihat, keluar dari hospital  dan sekarang berada dirumah, berehat – semuanya dalam hari yang sama dengan pengumuman panel penasihat SPRM.  Tidak cukup dengan itu siap buat pengumuman akan terus memimpin PAS dan negeri kelantan kerana kononnya masih berupaya. 
Dulu zaman Mahathir PM, dia juga antara yang sibuk suruh letak jawatan atas alasan dah lama dan dah tua, hari ni bila kena batang tubuh sendiri, alasan lain pulak dibagi.
Suara-suara mengatakan ada pakat-pakat antara kakitangan SPRM Kelantan yang menyiasat kes Nik Aziz sudah kedengaran sejak kes ini mula dibuka.  Kita tidak hairan jika dengan adanya pakat-pakat ini, siasatan ke atas Nik Aziz tidak lengkap dan menyeluruh sehingga menyebabkan AG membuat keputusan menutup kesnya.  Seharusnya, dengan alasan lemah yang diberikan, AG boleh mengarahkan SPRM kelantan untuk menyiasat kembali kes ini, dan menggantikan pegawai penyiasat sedia ada.  Jika perlu pegawai penyiasat Putrajaya dikerah untuk mengambil alih.
Ia seakan memberi tanda bahawa, perlakuan rasuah mudah terlepas, cukup dengan bagi alasan tidak mintak!!  Tidak mintak satu hal, tahu salah dan masih menerima itu satu hal lain.  Nampak sangat AG guna pendekatan berbeza dengan kes-kes rasuah dan salah guna kuasa berprofil tinggi lain.
Begitu juga dengan perlantikan menantu ke jawatan tinggi dalam agensi kerajaan negeri.  Lepas ini ramailah MB terutama dari pakatan yang akan melantik saudara mara masing-masing dengan gaji besar menguruskan agensi kerajaan negeri, kes menantu Nik Aziz sebagai contoh.  Mula-mula bagi jawatan cabuk, lepas tu redesignated ke jawatan tinggi.
Harap ada pihak yang ambik berat dengan AG office ni.