SEJARAH COCA~COLA


Sejarah Botol Coca Cola dari kiri ke kanan : 1899 – 1900 – 1915 – 1916 – 1957 – 1986

Inilah Sejarah Botol Coca Cola yang berkembang dan berubah sesuai dengan peredaran zamannya dari 1899 – 1900 – 1915 – 1916 – 1957 – 1986.


Sejarah

Tahun-tahun awal

Ahli farmasi John Stith Pemberton dari Columbus, Georgia mereka wain koka yang diberikan gelaran Wain Koka Perancis Pemberton ("Pemberton's French Wine Coca") pada tahun 1884. Dia diilhami oleh kejayaan hebat Vin Mariani, sejenis wain koka Perancis yang dibuat oleh Angelo Mariani.

Sewaktu Atlanta dan Wilayah Fulton meluluskan undang-undang larangan terhadap penjualan minuman keras pada tahun yang berikut, Pemberton bermula mengembangkan versi kola wain Perancis tanpa alkohol. Dia menamakan minuman itu sebagai "Coca-Cola" kerana ia mengandungi perangsang daun koka dari Amerika Selatan yang telah diberi rasa dengan penggunaan buah kola yang mengandungi kafeina. Setiap gelen sirap mengandungi lima auns daun koka. Jualan pertama dibuat di "Farmasi Jacob" di Atlanta, Georgia pada 8 Mei 1886. Untuk lapan bulan pertama, cuma sembilan gelas dijual pada puratanya setiap hari. Pemberton mengiklankan minuman itu buat pertama kali pada 29 Mei dalam tahun tersebut di Jurnal Atlanta.Pada mula-mulanya, Coca-Cola dijual sebagai ubat paten untuk lima sen segelas. Walaupun Pemberton bermaksud minuman itu dijual sebagai minuman tanpa bergas, ia dijual melalui dispenser soda yang amat popular di Amerika Syarikat pada waktu itu kerana kepercayaan bahawa air berkarbonat adalah baik untuk kesihatan. Pemberton mendakwa bahawa Coca-Cola dapat mengubati banyak penyakit, termasuk ketagihan morfin, dispepsia, neurastenia, sakit kepala, dan mati pucuk.

Pada 1887 sementara mengalami ketagihan morfin, Pemberton menjual sebahagian hak milik syarikatnya kepada Asa Griggs Candler yang memperbadankannya menjadi Perbadanan Coca Cola pada tahun 1888. Pada tahun yang sama, Pemberton menjual haknya buat kali kedua kepada lagi tiga usahawan: J.C. Mayfield, A.O. Murphey, dan E.H. Bloodworth. Pada waktu yang sama, Charley Pemberton, anak Pemberton yang merupakan penagih alkohol, bermula menjual versi sendiri. Tiga versi Coca-Cola - dijual oleh tiga perniagaan yang berasingan - terdapat di dalam pasaran..

Untuk mengatasi masalah itu, John Pemberton mengisytiharkan bahawa nama "Coca-Cola" adalah kepunyaan Charley, akan tetapi kedua-dua pengilang yang lain itu boleh meneruskan penggunaan rumusannya. Oleh sebab itu, pada musim panas 1888, Candler menjual minumannya di bawah nama "Yum Yum" dan "Koke". Selepas kedua-dua nama itu gagal menerima sambutan yang baik, Candler bermula membuat tuntutan ke atas nama "Coca-Cola pada akhir 1888 kerana ingin menutupkan perniagaan kedua-dua pesaingnya. Candler membeli hak eksklusif untuk rumusan minuman itu daripada John Pemberton, Margaret Dozier, dan Woolfolk Walker. Bagaimanapun, pada tahun 1914, Dozier mendakwa bahawa tandatangannya pada bil jualan adalah palsu, dan penganalisisan kemudian menunjukkan bahawa tandatangan John Pemberton juga mungkin merupakan pemalsuan.

Pada tahun 1892, Candler memperbadankan syarikat kedua, "Syarikat Coca-Cola" ("The Coca-Cola Company") (perbadanan kini), dan kemudian pada 1910, dia membakar rekod-rekod syarikat yang terawal untuk mengaburkan keasalan syarikatnya di sisi undang-undang. Candler kemudian bermula memasarkan produk itu secara agresif, tetapi kesan yang diharap-harapkan daripada kempen pengiklanan tidak dapat diperolehi sehingga jauh kemudian.

Coca-Cola dijual dalam bentuk botol buat pertama pada 12 Mac 1894, dan dalam bentuk tin aluminium buat pertama kali pada 1955. Pembotolan Coca-Cola yang pertama dilaksanakan di Syarikat Biedenharn Candy di Vicksburg, Mississippi, pada tahun 1891. Pemiliknya Joseph A. Biedenharn. Botol yang asli adalah botol Biedenharn, yang kelihatan amat berbeza daripada reka bentuk skirt hobel yang kini amat biasa. Asa Candler tidak yakin akan pembotolan minuman itu, tetapi kedua-dua usahawan yang mengemukakan gagasan itu amat meyakinkan sehingga Candler menandatangani kontrak yang memberikan kawalan prosedur pembotolan kepada mereka. Bagaimanapun, kontrak yang tidak ketat itu membawakan kesulitan kepada syarikat Coca-Cola pada dekad-dekad yang berikut. Masalah itu dirumitkan lagi dengan keputusan pembotol untuk memberikan subkontrak kepada syarikat-syarikat yang lain &mdash pada hakikatnya, menjadi pembotol induk. Ini bermakna bahawa Coca-Cola dijual dalam pebagai jenis botol, sehingga pengenalan botol Coke piawai yang ikonik pada tahun 1916.

Perang Dunia II.

Apabila Amerika Syarikat menyertai Perang Dunia II, Syarikat Coca-Cola bermula memberikan minuman percuma kepada askar-askar Tentera Amerika Syarikat. Tentera Amerika Syarikat mengizinkan kakitangan-kakitangan Coca-Cola memasuki baris depan sebagai "Pegawai Teknik" dan syarikat itu menjalani sistem Coke untuk membekalkan minuman ringan kepada askar-askar yang mengalu-alukan minuman itu kerana ia memperingatkan rumah mereka.

Coca-Cola membina banyak kilang pembotolan di luar negeri untuk memastikan minumannya dapat dibekalkan kepada askar-askar dan dengan itu, mewujudkan asas untuk perkembangan syarikat diluar negeri selepas peperangan. Kepopularan Coca-Cola tercetus sewaktu askar-askar Amerika pulang ke negara selepas peperangan dengan rasa untuk minuman itu. Minuman itu menjadi sinonim kepada cara hidup Amerika.

Sebelum Amerika Syarikat memasuki Perang Dunia II, kesulitan menghantar sari Coca-Cola ke negara Jerman dan kawasan-kawasan pendudukannya menyebabkan penciptaan Fanta, sejenis minuman yang baru oleh seorang kakitangan Coca-Cola.

Sejarah Syarikat Coca-Cola.

Coke Baru sehingga kini

Coke Baru menimbulkan kontroversi sewaktu ia menggantikan Coca-Cola asli pada 1985. Rumusan asli dikembalikan sebagai Coca-Cola Klasik dalam tempoh beberapa bulan selepas pengenalan Coke Baru.
Logo Coca-Cola Klasik yang diguna dari tahun 2003 sehingga kini.

Pada tahun 1985, Coca-Cola, dalam suasana banyak publisiti, menukar rumusan minumannya. Sebahagian pihak yang berwibawa percaya bahawa Coke Baru, iatu minuman baru itu, dicipta semata-mata untuk bergerak balas kepada pesaing komersilnya, Pepsi. Banyak ujian rasa buta menunjukkan bahawa lebih banyak konsumer suka akan rasa Pepsi (yang dipercayai mengandungi lebih minyak lemon, lebih kurang minyak buah oren, dan menggunakan vanilin sebagai ganti untuk vanila bila dibandingkan dengan Coke. Susulan ujian-ujian rasa mendedahkan bahawa kebanyakan daripada konsumer lebih menyukai rasa Coke Baru berbanding dengan Coke dan Pepsi. Rumusan semula itu diketuai oleh Roberto Goizueta, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif pada waktu itu, serta presiden Don Keough.

Peranan presiden Robert W. Woodruff yang lama memegang jawatan syarikat itu adalah tidak jelas. Goizueta mendakwa bahawa Woodruff menyokong penukaran rumusan itu beberapa bulan sebelum kematiannya pada tahun 1985. Ada sebahagian orang mengatakan bahawa oleh sebab hanya dua orang sahaja yang membincangkan perkara itu, Goizueta mungkin salah faham akan keinginan Woodruff kerana Woodruff sewaktu itu hanya dapat menutur dalam kata ekasuku; juga dikatakan bahawa Woodruff mungkin tidak memahami apa yang Goizueta berkata kepadanya.

Kegagalan komersil Coke Baru merupakan tamparan yang besar kepada pengurusan Syarikat Coca-Cola. Kemungkinannya, pelanggan tidak akan sedar akan penukaran rumusan jika ia dibuat secara rahsia ataupun beransur-ansur, dan kesetiaan jenama dapat dipeliharakan. Bagaimanapun, pengurusan Coca-Cola tidak bersedia terhadap sentimen nostalgia bagi orang ramai di Amerika yang dibangkitkan oleh minuman itu. Ada sebahagian orang yang membandingkan penukaran rumusan Coke dengan penulisan semula Perlembagaan Amerika Syarikat.

Rumusan Coca-Cola yang baru mengakibatkan tindak balas yang hebat. Gay Mullins dariSeattle, Washington menubuhkan pertubuhan "Peminum Cola Lama Amerika" ("Old Cola Drinkers of America") dan mencuba mendakwa syarikat serta melobi untuk rumusan Coke Lama dibebaskan kepada domain awam. Bantahan ini dan yang lain menyebabkan syarikat mengembalikan rumusan lama di bawah nama Coca-Cola Klasik pada 10 Julai 1985. Syarikat itu kemudian dituduh melaksanakan kebalikan pendirian sebagai helah yang teliti, iaitu memperkenalkan produk baru sementara menghidupkan minat terhadap produk yang asli. Donald Keough, presiden syarikat sewaktu itu, menjawab tuduhan dengan pengistyharan berikut:

"Sebahagian pengkritik akan mengatakan bahawa Coca-Cola telah membuat kesilapan pemasaran. Sebahagian orang yang sinis pula akan mengatakan bahawa kami merancangkan kesemua perkara ini. Kebenarannya adalah bahawa kami tidak begitu bodoh, dan kami juga tidak begitu bijak."

Sewaktu itu, bahagian pasaran untuk Coke Baru merosot ke hanya 3% menjelang 1986. Pada 1992, syarikat itu menukarkan nama "Coke Baru" kepada "Coke II" (jangan kelirukannya dengan "Coke C2" yang merupakan kola kurang gula yang dilancarkan oleh Coca-Cola pada tahun 2004). Bagaimanapun, kemerosotan jualan mengakibatkan pengurangan pengedaran. Sesampai 1998, produk itu cuma dijual di beberapa tempat di Tengah Barat Amerika Syarikat.
Sejarah terkini

Sewaktu era 80-an, Pepsi-Cola telah menayangkan beberapa siri iklan di televisyen yang menunjuk orang ramai mengambil bahagian dalam ujian rasa di mana mereka menyatakan kecenderungan mereka terhadap Pepsi-Cola berbanding Coke. Sebagai gerak balasan, Coca-Cola telah melancarkan "perang cola" keatas Pepsi; salah satu iklan Coke membandingkan cabaran Pepsi dengan dua ekor cimpanzi untuk memutuskan mana satu bola tenis adalah lebih berbulu. Selepas itu, Coca-Cola merampas semula kedudukannya daripada Pepsi-Cola sebagai ketua pasaran.

Sebagai percubaan untuk meluaskan portfolio keluarannya, Coca-Cola membeli Columbia Pictures pada tahun 1982. Columbia membekalkannya publisiti yang tidak ketara melalui pemaparan produk Coke dalam banyak filemnya sewaktu syarikat itu di bawah hak milik Coke. Bagaimanapun, selepas beberapa kejayaan yang awal, prestasi Columbia bermula merosot, dan kemudian digugurkan oleh Coca-Cola pada tahun 1989.

Coca-Cola mengamalkan polisi yang mengelakkan penggunaan kanak-kanak yang kurang daripada umur 12 tahun dalam mana-mana satu iklannya. Ini adalah disebabkan oleh tindakan mahkamah pada awal abad ke-20 yang mengatakan bahawa kandungan kafeina Coke adalah berbahaya kepada kanak-kanak. Bagaimanapun, pada kebelakangan ini, amalan ini tidak menghalang syarikat untuk menjadikan pengguna-pengguna sebagai sasarannya. Tambahan pula, syarikat itu masih tidak mendedahkan bagaimana selamatnya Coke adalah untuk kanak-kanak kecil (ataupun ibu-ibu yang hamil).

Tajaan rancangan sukan.

Coca-Cola menjadi penaja Sukan Olimpik yang sulung pada sukan 1928 di Amsterdam dan telah menjadi penaja Olimpik yang tetap sejak masa itu. Tajaan korporatnya termasuk Sukan Olimpik Atlanta 1996 di Atlanta yang membenarkan menyoroti tempat asalnya.

Sejak 1978, Coca-Cola ialah penaja utama untuk FIFA dan telah menaja setiap Piala Dunia FIFA dan pertandingan FIFA yang lain. Sebenarnya, salah satu daripada piala pertandingan: Kejohanan Belia Dunia FIFA dari Tunisia pada tahun 1977 hingga Malaysia pada tahun 1997 telah digelarkan "FIFA - Piala Coca Cola". Tambahan pula, Coca-Cola juga menaja Coca-Cola 600 untuk siri perlumbaan automobil, Piala Nextel NASCAR Nextel Cup, di Litar Lumba Motor Lowe, Carolina Utara.

Coca-Cola mempunyai sejarah hubungan pemasaran sukan yang panjang. Sejak permulaannya, syarikat itu telah menaja bukan sahaja Besbol Liga Utama (Major League Baseball), Liga Bola Sepak Nasional (National Football League), Persatuan Bola Keranjang Nasional (National Basketball Association) dan Liga Hoki Nasional (National Hockey League), mahupun banyak pasukan dalam liga-liga ini. Syarikat itu juga telah lama menaja Liga Bola Sepak Australia (Australian Football League), dan pada suatu masa, memegang hak-hak penamaan untuk Musim Perdananya. Tiap-tiap tahun, Coca-Cola juga menaja permainan ujian Bola Sepak Peraturan Antarabangsa antara Australia dan Ireland.

Daya tarikan antarabangsa

Coca-Cola merupakan jualan minuman bergas yang terlaris di kebanyakan negara. Bagaimanapun, terdapat beberapa tempat seperti negeri New York, Amerika Syarikat di mana Pepsi mendahului Coke dalam pasaran; Texas, Amerika Syarikat di Dr. Pepper merupakan minuman bergas yang nombor satu; dan di Quebec, Newfoundland dan Labrador, serta Pulau Prince Edward di Kanada, di mana Pepsi merupakan ketua pasaran.

Di Peru, Inca Kola yang merupakan "minuman negara" (dikeluarkan secara berasingan sehingga 1999, apabila Coca-Cola memperoleh Corporación Inca Kola del Perú S.A., iaitu syarikat Peru yang mengeluarkannya) adalah yang terpopular. Di Sweden, meskipun Coca-Cola berusaha dalam pemasaran yang berorientasi musim cuti, jualan Julmust adalah lebih laris daripada Coca-Cola pada musim Krismas. Sebaliknya, di Scotland di mana Irn-Bru yang merupakan pengeluaran tempatan adalah terpopular pada suatu masa, angka-angka 2005 menunjukkan bahawa kedua-dua Coca-Cola serta Coke Diet kini adalah lebih laris berbanding dengan Irn-Bru.

Adalah sering diulangi sebagai legenda bandar bahawa Coca-Cola silap menterjemahkan nama produknya dalam bahasa Cina menjadi "Gigit berudu lilin". Sebenarnya, sebahagian pekedai Cina menterjemahkan nama produk itu dalam papan tanda mereka menjadi kǒukē-kǒulà (口蝌口蜡) supaya bunyinya lebih serupa dengan "Coca-Cola"; makna harfiahnya "berudu mulut, lilin mulut". Bagaimanapun, syarikat Coca-Cola tidak pernah mengamalkan terjemahan tersebut. Selepas mengkaji semula kesemua kemungkinan yang berbunyi hampir-hampir sama dengan "Coca Cola", syarikat itu dengan rasminya mengamalkan kěkǒu-kělè (可口可乐) yang bermakna "sedap dan ria".

LEBEL AWAL COCA~COLA

FATWA ULAMA TENTANG BOIKOT PRODUK YAHUDI

Sebagai orang yang ingin selalu mencari kebenaran, ketika tersesat atau kebingungan, pastinya akan bertanya pada orang yang lebih mengetahui jalan tersebut. Dalam masalah diin (agama), tentu saja ketika bingung, ulama-lah yang jadi tempat bertanya.

Allah Ta’ala berfirman,

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (QS. An Nahl: 43 dan Al Anbiya’: 7)

Fatwa Pertama

Syaikh Muhammad bin Sholeh Al Utsaimin rahimahullah pernah ditanya,

“Wahai Syaikh yang mulia, ada sebuah minuman yang dinamakan Coca-Cola iaitu minuman produk keluaran Yahudi. Apa hukum meminum minuman ini dan apa hukum menjualnya? Apakah kalau menjualnya termasuk bentuk tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan?”

Syaikh rahimahullah menjawab,

“Apakah tidak sampai padamu hadits yang menceritakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah membeli makanan dari seorang Yahudi untuk keluarganya, lalu tatkala beliau meninggal dunia, baju besinya masih tergadai pada orang Yahudi tersebut?

Apakah juga tidak sampai padamu hadits yang menceritakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menerima hadiah dari seorang Yahudi.

Jika kita mengatakan: Jangan menggunakan produk Yahudi atau jangan memakan produk Yahudi, maka akan luput nantinya berbagai hal yang dinilai manfaat seperti teknologi yang kebanyakan diusahakan oleh orang Yahudi atau akan hilang di tengah-tengah hal-hal yang bermanfaat lainnya yang hanya diproduksi oleh orang-orang Yahudi.

Memang benar bahwa minuman semacam ini kadang ada unsur bahaya dari orang Yahudi karena sudah diketahui bahwa orang Yahudi bukanlah orang yang amanat. Contohnya adalah mereka pernah meletakkan racun pada daging kambing yang dihadiahkan pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Tatkala kematian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau mengatakan, “Aku terus merasakan rasa sakit disebabkan makanan yang dulu pernah kumakan di Khoibar.

Karena racun inilah terputuslah urat nadiku (kematianku)”. Oleh karena itu, Az Zuhri rahimahullah mengatakan, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam wafat karena dibunuh oleh orang-orang Yahudi. Semoga Allah melaknati mereka. Semoga Allah juga melaknati orang-orang Nashrani.” Jadi, mereka semua tidak dapat dipercaya, baik orang Yahudi maupun Nashrani. Akan tetapi, aku menduga bahwa barang yang sampai kepada kita ini pasti sudah dicek dan sudah diuji keamanannya, juga sudah diketahui bermanfaat ataukah tidak.” (Kaset Liqo’ Al Bab Al Maftuh no.64)

Fatwa Kedua

Syaikh Shalih bin Fauzan Al Fauzan hafizhohullah pernah ditanya,

“Wahai Syaikh yang mulia, terpampang di,media-media saat ini seruan untuk pemboikotan produk Amerika. Di antaranya apa yang tertulis hari ini bahwa para ulama kaum muslimin menyeru pemboikotan dan aksi ini dikatakan fardhu ‘ain, setiap muslim wajib melakukan pemboikotan ini. Ada yang mengatakan bahwa membeli satu saja dari barang-barang ini adalah haram dan pelakunya telah berbuat dosa besar, telah menolong Amerika dan membantu Yahudi memerangi kaum muslimin. Saya mengharap Syaikh yang mulia boleh menjelaskan hal ini.”

Syaikh hafizhohullah menjawab,

“Yang pertama: Saya meminta salinan surat kabar atau perkataan yang disebutkan oleh penulisnya tadi. Yang kedua: fatwa semacam tadi tidaklah benar. Para ulama tidak berfatwa bahwa produk Amerika itu haram. Produk-produk Amerika tetap ada dan masih dipasarkan di tengah-tengah kaum muslimin. Jika engkau tidak membeli produk Amerika, itu pun tidak membahayakan mereka. Memboikot produk tertentu hanya boleh dilakukan jika ada keputusan dari penguasa kaum muslimin. Jika penguasa kaum muslimin memerintahkan untuk memboikot suatu produk, maka kaum muslimin wajib untuk memboikot. Adapun jika itu hanya seruan dari person-person tertentu dan mengeluarkan suatu fatwa, maka ini berarti telah mengharamkan apa yang Allah halalkan.” (Dari kaset Fatwa Ulama dalam Masalah Jihad dan Aksi Bunuh Diri dari Tasjilat Minhajus Sunnah Riyadh. Dinukil dari Majalah Al Furqon, IV/12)

Untuk melengkapi dua fatwa di atas, kami tambahkan lagi dengan fatwa Al Lajnah Ad Da’imah (Komisi Fatwa di Kerajaan Saudi Arabia)

Fatwa Ketiga – Fatwa Al Lajnah Ad Da’imah Lil Buhuts wal Ifta’

Pertanyaan:

Apa hukum kaum muslimin tidak saling tolong menolong yaitu mereka tidak saling ridho dan tidak punya keinginan untuk membeli produk dari saudara mereka sesama muslim? Namun yang ada malah dorongan untuk membeli dari toko-toko orang kafir, apakah seperti ini halal atau haram?

Jawab:

Perlu diketahui, dibolehkan bagi seorang muslim untuk membeli kebutuhannya yang Allah halalkan baik dari penjual muslim maupun kafir. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri pernah melakukan jual beli dengan seorang Yahudi. Namun jika seorang muslim berpindah ke penjual kafir tanpa ada sebab. Di antara sebabnya misalnya penjual muslim tersebut melakukan penipuan, menetapkan harga yang terlalu tinggi atau barang yang dijual rusak/cacat. Jika itu terjadi dan akhirnya dia lebih mengutamakan orang kafir daripada muslim, maka ini hukumnya haram. Perbuatan semacam ini termasuk loyal (wala’), ridho dan menaruh hati pada orang kafir. Akibatnya adalah hal ini bisa membuat melemahnya dan lesunya perekonomian kaum muslimin. Jika semacam ini jadi kebiasaan, akibatnya adalah berkurangnya permintaan barang pada kaum muslimin.

Adapun jika di sana ada faktor pendorong semacam yang telah disebutkan tadi (yaitu penjual muslim yang sering melakukan penipuan, harga barang yang terlalu tinggi atau barang yang dijual sering ditemukan cacat), maka wajib bagi seorang muslim menasehati sikap saudaranya yang melakukan semacam itu yaitu memerintahkan agar saudaranya tersebut meninggalkan hal-hal jelek tadi. Jika saudaranya menerima nasehat, alhamdulillah. Namun jika tidak dan dia malah berpaling untuk membeli barang pada orang lain bahkan pada orang kafir, maka pada saat itu dibolehkan mengambil manfaat dengan bermua’amalah dengan mereka.

Kesimpulan

Seorang muslim dilarang untuk loyal (wala’) pada orang kafir, di antara bentuknya adalah menyerupai mereka (tasyabbuh) dalam hal yang menjadi ciri khas mereka. Namun apakah boleh menggunakan produk orang kafir? Jawabannya adalah boleh-boleh saja. Akan tetapi, masalah selanjutnya adalah bolehkah membeli produk orang kafir sedangkan masih ada produk kaum muslimin?Jawabannya adalah dalam dua rincian berikut:

1. Jika seorang muslim berpindah ke penjual kafir tanpa ada sebab. Di antara sebabnya misalnya penjual muslim tersebut melakukan penipuan, menetapkan harga yang terlalu tinggi atau barang yang dijual rusak/cacat. Jika itu terjadi dan akhirnya dia lebih mengutamakan orang kafir daripada muslim, maka ini hukumnya haram.

2. Adapun jika di sana ada faktor pendorong semacam penjual muslim yang sering melakukan penipuan, harga barang yang terlalu tinggi atau barang yang dijual sering ditemukan cacat, maka wajib bagi seorang muslim menasehati sikap saudaranya yang melakukan semacam itu yaitu memerintahkan agar saudaranya tersebut meninggalkan hal-hal jelek tadi. Jika saudaranya menerima nasehat, alhamdulillah. Namun jika tidak dan dia malah berpaling untuk membeli barang pada orang lain bahkan pada orang kafir, maka pada saat itu dibolehkan mengambil manfaat dengan bermua’amalah dengan mereka.

Alhamdulillah, Allah telah memudahkan untuk menyelesaikan tulisan ini. Semoga Allah memahamkan kaum muslimin terhadap aqidah yang mulia ini yaitu berlepas diri dari orang-orang kafir dan tidak loyal terhadap mereka.

Semoga Allah memberikan kita ilmu yang bermanfaat, amalan yang sholeh dan rizki yang thoyib.

Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat. Wa shallallahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.