POLITIK NEGARA
1. Mahathir memecat DSAI sebagai TPM/MK dan TP Umno kerana hasutan golongan yang telah makan dan ingin lagi makan harta negara secara haram. Juga dia tidak dapat mengawal nafsu dirinya sendiri yang tamak mengumpul harta dengan cara merompak harta negara. Menangkap DSAI menggunakan ISA, bawa ke Bukit Aman, digari dibelasah separuh mati. Fitnah macam-macam, heret ke mahkamah, dibicarakan secara meragukan, bersalah dan dihukum penjara. Kini diracun pula.
2. Demokrasi Malaysia tidak setulin mana, bila tarikh pilihanraya dirahsiakan. Undi pos tidak diketahui secara telus. Ceramah umum dan kempen penerangan pihak pembangkang ditahan dan tidak dibenarkan. Sedangkan ceramah Umno tak perlu permit dan tidak pernah dibatalkan, apalagi di saat-saat akhir. Undi pos yang tidak telus dan penuh misteri menjadi antara faktor penentu kemenangan BN. Ini bermakna elemen penting demokrasi hanyalah dongengan Umno/BN.
3. Mana-mana rakyat yang secara jelas menyatakan sokongan mereka kepada pembangkang akan dikenakan pelbagai tindakan. Mereka dinafikan hak memilih. Pimpinan Umno (Yusof Nor) sanggup mendesak rakyat Malaysia tinggalkan negara ini jika tak mahu sokong kerajaan dan cari negara lain yang sesuai. Dia ingat Malaysia ni bapak dia punya ke? Dia yang sepatutnya keluar dari bumi Allah ini kerana tak mahu menjalankan hukum hudud yang diketahuinya sebagai suatu perkara wajib dipraktikkan. Golongan ulama dipersenda-sendakan, ahli akademik dikongkong dan pegawai tadbir dirobotkan. Mana-mana guru yang menyokong pembangkang, dikenakan tindakan berpindah. Tapi, kalau sokong dia boleh dapat cuti lagi untuk tolong berkempen. Bayangkanlah sendiri…
4. Hak bersuara rakyat dinafikan sama sekali. Tindakan diambil pada sesiapa yang didapati mengkritik pemerintah. Para ulama yang menegur mereka habis digam dan mereka pula dihentam oleh pihak pemerintah. Kakitangan awam yang difikirkan terlibat dengan pembangkang ditukar tempat kerja. Apa jadi pada Nazri Abdullah (BH), Johan Jaafar (UM), Yunus Said (TV3), Ahmad Don dan Timbalannya (Bank Negara)? Persoalannya, mereka berhenti secara sukarela atau dipaksa berhenti? Rakyat berhimpun secara aman menyatakan rasa tidak puashati mereka dianggap sebagai perusuh dan berhimpun secara haram. Sedangkan di dalam Fasal 10 perlembagaan Malaysia menyatakan jaminan ke atas hak rakyat berkumpul secara aman. Rakyat dipukul sesuka hati tanpa mengira mereka bersalah atau tidak. Bersuara lebih sikit dikatakan memfitnah dan mereka dah siap dengan panel peguam Umno untuk menyaman mereka-mereka yang berani ini. Ibrahim Ali yang diberikan jawatan timb. Menteri dibayar gaji dengan duit rakyat, tapi kerjanya hanya nak menyaman pembangkang saja. Patutke? Senarai pendaftaran pengundi baru sengaja dilengahkan, kerana dibimbangi hampir 700,000 orang bakal pengundi baru akan mengundi pembangkang. Setelah berlalu 8 bulan, adakah masih belum cukup waktu. Apa lagi bila ianya berlaku di zaman kecanggihan IT sekarang!!
5. Salahlaku Mahathir dalam politik: Anti-demokrasi, bersifat autokratik,mengetuai kabilah oligarki yang ada kecenderungan dictatorship yang taksub kuasa peribadi. Bermusuh dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Menikam PAS setelah menumpang tidur apabila dibuang dari UMNO. Menzalimi pengkritiknya. Memaksa rakyat berhimpun untuk menunjukkan sokongan pada beliau dan akhirnya mendabik dada bahawa rakyat berada di belakangnya. Mencabul prinsip demokrasi apabila mensinonimkan program parti dengan program rasmi kerajaan. Agensi-agensi kerajaan disalahgunakan tanpa mengira etika dan undang-undang. Berapa banyak belanja untuk majli bersama rakyat yang dianjurkan? Tak habis-habis berkelahi dengan ahli Umno sendiri, Musa Hitam, Kuli dan orang S46, Dato’ Harun, DSAI dan ramai lagi. Semuanya difitnah dengan pelbagai cerita. Membenarkan amalan politik wang dalam Umno. Contohnya, lihat saja MP Tebrau, Johor Siti Zainab yang dilucutkan jawatannya sebagai Timb Menteri Perusahaan Utama pada June, 1998 kerana politik wang.
6. Sebagaimana Mahathir, begitu jugalah dengan pemimpin komponen BN yang lain. Lihat saja keegoan Lim Kheng Yaik, Liong Sik dan ketara sekali Samy Vellu. Samy Vellu menganggap dirinya hero bagi rakyat India, sedangkan kebanyakan orang India tidak menyokongnya, Bagi beliau, orang India lain tidak boleh setaraf dengannya. Dia saja layak jadi menteri penuh, yang lain tak boleh. Mengapa wujudnya IPF dan Pandithan dan Samy cukup bimbang dengan mereka. MIC telah gagal menaikkan ekonomi, pendidikan, semangat dan moral komuniti India.
7. Wakil-wakil Umno yang dipilih oleh ahli biasa bagi mewakili suara mereka di persidangan agung hanya tahu mengampu pemimpin atasan, bukannya tempat untuk membincangkan kepentingan rakyat. Usah kata wakil biasa, ulama dalam Umno seperti Hamid Othman, Yusof Noor, Wan Mokhtar tak berani bersuara. Semuanya angguk pada apa Mahathir cakap.
8. Ahli UMNO sekarang terdiri dari mereka yang bangkrap politik, dahulunya bukan main menghentam Mahathir akhirnya sanggup menjilat balik apa sumpah seranah mereka. Apa berlaku pada Kuli, Rais Yatim (yang dah bakar jambatan), Ibrahim Ali (yang paling banyak maki hamun Mahathir), Ghafar Baba (hero purba Umno – dah diisytihar muflis, boleh lepas lagi). Sanusi Junid yang kalah bertanding tapi menjadi MB dengan berkat kuasa Mahathir. Mahathir mengumpul semua kelemahan dan kesalahan pemimpin Umno/BN dan tiba masanya dia dedahkan satu persatu, dia guna muslihat dan akhirnya tak ada yang berani nak sanggah. Jadi sudah tentu dia dapat terus berkuasa. Megah sangat mereka melalak ke sana sini mengatakan yang ahli Umno ada 2.7 juta. Itupun belum tolak orang dah mati, orang yang dah lari tinggalkan Umno. Malah berapa ratus ribu pula ahlinya yang tak pernahpun bayar yuran keahlian, tapi masih juga ahli Umno.
9. Pimpinan Umno tidak kesahkan amalan demokrasi di dalam partinya apatah lagi ingin mendengar suara ahli biasa. Buktinya, pemimpin pilihan majoriti diketepikan, pemimpin yang ahli tolak diberi tempat dan perhatian. Contohnya, Zahid Hamidi vs Hishamuddin; Zaharah vs Rafidah; Sabaruddin Chik dan Sanusi Junid. Barisan exco wanita Umno yang baru dikemukakan oleh Zaharah ditolak mentah-mentah oleh Mahathir. Bantahan ADUN Umno terhadap lantikan Sanusi sebagai MB Kedah, tidak diendahkan oleh Mahathir malah akhirnya semua mereka itu tak berkata apa-apa lagi setelah seorang demi seorang Mahathir temui.
10. BN tidak berfungsi sebagai satu badan yang bergabung. Majlis Tertinggi BN bersidang sekali sekala – walaupun BN adalah pemimpin kerajaan. Dasar-dasar BN yang ada dalam manifesto jarang dibincangkan dan jarang mempengaruhi arah dan halatuju kerajaan BN. BN sebagai badan bergabung langsung tidak efektif di peringkat bahagian atau cawangan.
11. Para pelajar tidak dibenarkan bergiat dalam politik negara, tapi di luar negara terdapat puluhan kelab-kelab Umno di England dan Amerika Syarikat. Mana rasionalnya tak kita ketahui.
12. Banyak kes pembunuhan politik yang berlaku; kes Memali Kedah (mengorbankan Ustaz Ibrahim dan 13 pengikutnya), Dato’ Taha Talib Speaker DUN N. Sembilan, Bekas Timb. Yg Dipertua PAS Prof Dr Zulkifli Mohamad, Bekas Pesuruhjaya PAS Perlis Hj Tahrim Ali, tragedy berdarah di Lubuk Merbau, Perak. Bekas pemimpin Dr Burhanuddin Al-Helmy disiksa di dalam tahanan secara tidak langsung dan akhirnya meninggal dunia kerana sakit yang dipercayai disebabkan sering menahan kencing di dalam tahanan. Terbaru kes bekas S/U Pemuda Pas Pasir Salak, Haji Zubir dll. Tapi Mahathir mengatakan membunuh bukan budaya politik Malaysia (penipu!!).
13. Rakyat diugut dan diancam agar tidak menukar pemerintah, supaya negara tidak huruhara dan miskin tanpa pembangunan. Seolah-olah mereka ingin memerintah sehingga hari kiamat, biarpun betapa zalimnya rejim pemerintahan mereka. Mereka juga seakan ketiadaan isu-isu penting untuk dikemukakan, balik-balik “pembangunan, keamanan dan perpaduan” rakyat. Seolah-olah hanya mereka saja yang layak membicarakan soal berkenaan. Mereka merasakan kerajaan BN adalah kuasa turun temurun, oleh kerana memerintah terlalu lama…hingga mereka merasakan mereka sajalah yang layak mewakili dan memerintah rakyat Malaysia.
14. Kempen politik Umno/BN membelanjakan wang rakyat dan menyalahguna jentera kerajaan. Dipaksa semua kakitangan kerajaan untuk hadir, disusun pelajar-pelajar sekolah penuhkan stadium, diumpan dengan artis popular. Hinggakan kini Siti Norhaliza menjadi lebih popular dari pemimpin Umno sendiri. Disogok dengan wang dan makan free, diadakan cabutan bertuah (loteri), disekalikan dengan ekspo perniagaan dan pesta sukan. Semuanya bagi menjamin kehadiran yang akan digambarkan kepada seluruh Malaysia, rakyat masih sokong mereka. Laporan dari Sabah (pilihanraya negeri yang lalu) menyatakan amalan politik wang dilakukan terang-terangan, pengundi diberikan wang RM50.00, tangki air, zink, gas memasak, beras, kain dll.
15. Kepimpinan BN/Umno terdahulupun menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada pemerintahan Mahathir, kenapa tidak kita? Apa Tunku Abd Rahman suarakan dalam suratnya (9 Feb 1989), “ keadilan tidak ada, semua mahkamah diperintah oleh seorang diktator. Akhbar-akhbar media massa semuanya bercakap bahasa dia dan ikut kehendak dia sahaja. Dalam pilihanraya, apa yang paling buruk dan kotor sekali ialah semua dakyah kerajaan dikeluarkan dalam tv, radio dan akhbar.” Tun Hussein Onn juga menentang kezaliman Mahathir apabila mengemukakan affidavit di mahkamah menentang penyalahgunaan ISA menahan Dr Chandra Muzaffar. Sekiranya Tun Razak sempat melihat bagaimana ini semua berlaku, semestinya pasti beliau juga akan sangat kecewa.
16. Majoriti pimpinan Umno/BN dah tua; rumah kata pergi kubur kata mari. Patutkah kita memilih mereka lagi yang pastinya tidak lagi relevan untuk abad ke-21? Berdayakah minda mereka untuk terus bergerak cergas untuk mempertahankan hak dan warisan kita di masa depan.