Terjaminkah 'Ketuanan Melayu'?

Go to fullsize image
'Ketuanan Melayu', itulah yang sering dilaung-laungkan oleh sesetengah pihak apabila melihat kuasa politik mereka semakin pudar. Yang menjadi mangsanya ialah Raja-Raja Melayu yang kononnya adalah benteng terakhir oramg Melayu di Malaysia.
Siapakah pula yang meliwat, merogol dan menjatuhkan air muka Raja-Raja Melayu pada 1992 sehingga pindaan perlembagaan telah dilakukan. Walau pun orang-orang Melayu telah bangkit menentang pindaan tersebut.
Tindakkan balas yang diterima oleh orang Melayu dalam protes tersebut ialah Raja-Raja Melayu diaibkan dengan kekayaan dan kelakuan keluarga mereka. Kenapa ianya berlaku?. Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana Umno merasakan yang mereka cukup kuat untuk memerintah selama 100 tahun lagi. Kerana itulah Dr Mahathir telah menanam amanat beliau di shopping komplex yang hanya akan dibuka selepas 100 tahun.
Saya pernah menulis berkenaan Raja-Raja Melayu dan respon yang saya dapat ialah "Apakah Raja Melayu semuanya masuk syurga", "adakah Raja Melayu terlepas dari dosa". Masalahnya apabila mereka kuat mereka cuba nyahkan Raja-Raja Melayu tetapi bila mereka lemah mereka menolak Raja-Raja Melayu kehadapan...... adilkah?
Tanya kepada presiden Perkasa, siapakah yang cuba menabalkan Sultan Kelantan. Tanya Shahidan Kassim akan rahsia Raja-Raja Melayu yang ada ditangannya. Tanya kepada Umno, apakah yang mereka lakukan terhadap 'Ketuanan Melayu'.
Jika orang Melayu sayang sangat kepada ketuanan mereka, jalan yang terbaik ialah kembalilah kepada 'Ketuanan Islam'. Jika 'Ketuanan Islam' selamat, maka semua ketuanan akan selamat tanpa mengira apakah bangsa mereka.
Tidakkah Allah menjadikan hambanya berbangsa-bangsa agar mereka saling kenal mengenal dan sekiranya berlaku perselisihan, kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Itulah sebaik-baik rujukan yang ada dimuka bumi ini

No comments:

Post a Comment