Negeri Pakatan sertai sidang Malaysia-Thailand

Penyertaan Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang dalam hubungan dua negara Malaysia dan Thailand, semalam jelas membuktikan pentadbiran negeri Pakatan Rakyat (PR) diiktiraf oleh negara luar.















Persidangan Kali Pertama Lima Dasar dan Ekspo antara lima negeri dalam Malaysia iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis manakala Thailand diwakili empat wilayah Selatan, Yala, Pattani, Satun dan Songkla.

Dr Mahathir di Pasir Mas esok di sebalik polemik Perkasa-Umno-BN

Seorang penduduk tempatan menyaksikan kain rentang yang mempromosikan Program Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan di Stesen Keretapi Pasir Mas. - Gambar oleh Jack Ooi
Di sebalik polemik kerjasama Perkasa dengan Umno-BN, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual berada di Pasir Mas, Kelantan petang esok dan dinanti-nantikan oleh penduduk setempat.

Esok, Dr Mahathir akan tiba di Pasir Mas untuk menyertai Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan di pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas.

Program yang bertemakan “Perpaduan Melayu Teras Perpaduan Rakyat Malaysia” itu merupakan anjuran Perkasa dan juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali.

Pembunuhan Sosilawati: Mencari keadilan menurut undang-undang jenayah syari'ah

Kes jenayah semakin menjadi-jadi di negara kita. Peristiwa pembunuhan Dato’ Sosilawati bersama beberapa orang yang lain antara peristiwa jenayah yang paling menggemparkan yang bukanlah jenayah pembunuhan episod pertama di dalam negara kita dan juga pastinya bukanlah yang terakhir. Peristiwa yang cukup mengejutkan apabila penjenayah terbabit dikaitkan dengan beberapa siri jenayah pembunuhan yang belum dapat diselesaikan sebelum ini. Ini menunjukkan betapa banyaknya kes jenayah pembunuhan yang tidak mampu dibongkar di negara ini. Persoalan yang perlu difikirkan bersama ialah, sampai bilakah jenayah melibatkan pembunuhan akan berakhir dan adakah ianya akan menjadi kebiasaan sebagaimana kes-kes kecurian, pecah rumah dan rompakan bersenjata?

Zunar ditangkap polis, buku terbaru dirampas

Kartunis popular Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque hari ini ditahan polis mengikut seksyen 4 (1) Akta Hasutan.
Beliau kini dilaporkan dibawa kepada ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.
Sebelum itu, pada sekitar jam 4 petang tadi, polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas kira-kira 67 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan malam ini.

Menurut Zunar yang sempat menghubungi Malaysiakini dan bercakap secara tergesa-gesa memberitahu pejabatnya yang juga menempatkan Kafe Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields.

Malaysia rugi RM157 juta setahun jika aktiviti curi pasir tidak dikawal

Malaysia akan menanggung kerugian kira-kira RM157.5 juta setahun sekiranya aktiviti kecurian pasir tidak terkawal dan terus berleluasa di dalam negara.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mustafar Ali berkata negara bukan sahaja akan ditimpa banyak impak negatif malah dijangka menanggung kerugian tersebut disebabkan aktiviti kecurian dan penyeludupan pasir yang menggunakan jalan darat dan laut.

“Malaysia dijangkakan akan mengalami kerugian kira-kira RM1.125 juta sebulan atau RM13.5 juta setahun akibat kegiatan curi pasir menggunakan jalan darat seperti lori.

Umno bukan Melayu hilang kuasa, kata Pakatan

Menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin mendakwa Tun Dr Mahathir dikuasai otak perkauman berhubung wawancaranya itu yang mengingatkan bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Katanya, dakwaan Mahathir yang disiarkan di laman sesawang Umno-online, satu kenyataan bersifat perkauman.

"Umno pasti hilang kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat memerintah negeri-negeri dan pusat. Tun Mahathir kata Melayu hilang kuasa dan suara. Ini kenyataan rasis dan hasutan," kata Nizar menerusi twitternya.

Beliau memberi jaminan, yang akan hilang kuasa jika Pakatan menduduki Putrajaya adalah Umno dan bukannya orang Melayu.