Tun Dr Mahathir Mohamad memberi respons baik terhadap rawatan yang beliau terima di Epworth Hospital Melbourne Australia, setelah dimasukkan ke hospital itu kerana mengadu sakit dada semalam.
“Para doktor gembira dengan perkembangan kesihatan Dr Mahathir dan beliau memberi respons baik kepada rawatan antibiotik serta fisioterapi,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat bekas perdana menteri itu di sini hari ini.
Pagi tadi, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir melawat bapanya di hospital itu dan menikmati sarapan pagi bersama-sama bapa dan ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Ngeh henti buat kenyataan terbuka
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham tidak akan lagi membuat kenyataan terbuka berhubung pertelingkahannya dengan timbalannya, M Kulasegaran yang tercetus dua hari lalu.
Kenyataan bersamanya dengan naibnya, A Sivanesan hari ini menyebut bahawa Ngeh (kiri) telah membincangkan perkara itu dengan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng ketika beliau tiba di Lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang, sekembalinya daripada lawatan ke Australia.
"Kami bersetuju dengan cadangan Lim bahawa perkara yang membabitkan DAP Perak hendaklah ditangani secara dalaman," kata kenyataan itu.
"Oleh yang demikian kami tidak akan membuat sebarang kenyataan terbuka atau menjawab soalannya mengenainya sewaktu sidang akhbar," tambahnya.

DAP cabar wakil rakyat Umno pulangkan elaun jika persoal wang ihsan
DAP pusat mencabar agar kesemua wakil rakyat Umno, di seluruh negara, dengan segera memulangkan elaun mereka terima kepada Perbendaharaan ekoran pendirian pihaknya mempertikaikan sumber dana wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dalam membuat gesaan ini hari ini berkata, kontroversi terbaru dicetuskan pemimpin-pemimpin politik Umno sejak kebelakangan ini menunjukkan sikap hipokrit dalam usaha mereka mahu kekal berkuasa.
Pua berkata, memandangkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng sudah pun menafikan dana hasil aktiviti judi tidak pernah disalurkan kepada masyarakat Islam, tindakan pemimpin-pemimpin Umno terus-menerus mempertikaikan isu itu menunjukkan mereka asyik berbohong demi kepentingan politik.

MB Kedah didakwa cuba seleweng fakta tarif air
Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak cuba memutarbelitkan fakta untuk merasionalkan keputusan kerajaan negeri menaikkan tarif air sebanyak 27 peratus mulai Jumaat lepas.
Katanya kenyataan Azizan mengenai hutang peninggalan kerajaan BN berjumlah RM1.7 bilion tidak tepat kerana wang itu merupakan pinjaman oleh kerajaan pusat kepada Kedah untuk melaksanakan projek pembangunan termasuk Taman Teknoloji Tinggi Kulim.
Pinjaman untuk projek air luar bandar cuma berjumlah RM800 juta, katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Alor Setar hari ini.
Mahdzir mengulas kenyataan Azizan semalam bahawa kenaikan tarif air itu berpunca daripada penstrukturan semula industri air yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat pada 2006 bertujuan menyelesaikan pinjaman oleh kerajaan negeri berkaitan bekalan air.

Tarbiah agenda paling penting jemaah Islam
Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2010 berakhir hari ini dengan enam deklarasi.
Enam deklarasi itu disampaikan Timbalan Ketua DPPP, Azman Shapawi Abdul Rani, selaku pengarah program.
Deklarasi itu antaranya ialah DPPP bertekad untuk memperkasakan tarbiah di kalangan pemuda.
"Pemuda mesti memahami semua peringkat tarbiah dalam parti kerana tarbiah merupakan agenda yang paling penting dalam jemaah Islam," kata Azman di majlis penutup ijtima' di Masjid Rusila.
Majlis penutup disempurnakan oleh Ahli Parlimen Mesir dari Ikhwan Muslimin, Sheikh Al-Syed Abdul Mas’ud Mohamed Asqar.

Betul @ Rekaan Cerita ini...YB PAS Khalwat !!!!!!!!
Hanya penulisan sahaja yang diterima mengatakan Salahuddin Ayub, Naib Presiden Pas membuat maksiat. Tak ada gambar yang dikatakan oleh Blogger Pro ini ...Dikatakan ada Gambar...Yang pelik Masih belum ada report Polis atau sahaja Report kepada pihak berkuasa...Kita Tunggu sahaj siapa yang terkena...
Butiran :
1. http://www.papagomo.com/2010/10/gempar-18-sx-saya-di-nodai-naib.html
2. http://www.papagomo.com/2010/10/sahih-din-puduraya-kaki-kongkek-isteri.html
Hehehe, Gomo gelak je bila tiap kali si Naib Presiden PAS Ni menyalak sana sini. Gelak ada makna tau! Hahaha! Tapi Gelak pasal apa? Jeng jeng jeng!!!
Gomo dah berbulan lamanya sebut satu skandal di Hotel Puduraya yang berlaku awal tahun ini! Skandal bukan sebarang skandal tapi skandal ni kalau dedah habis jahanam PAS sipus sipas ni! Tapi Gomo tak dapat dedahkan semuanya kerana belum mendapat Green Light dari Seorang yang ehem ehem! Hehehe
Butiran :
1. http://www.papagomo.com/2010/10/gempar-18-sx-saya-di-nodai-naib.html
2. http://www.papagomo.com/2010/10/sahih-din-puduraya-kaki-kongkek-isteri.html
GEMPAR 18 SX - Saya Di Nodai Naib Presiden PAS Di Hotel
Siapa Salahuddin Ayob untuk mempertikaikan lantikan Tengku Razali Hamzah selaku pengarah jentera pilihanraya BN, DUN N.45 Galas dan menuduh TS Muhyiddin Yasin sebagai melarikan diri dari tanggungjawab?Hehehe, Gomo gelak je bila tiap kali si Naib Presiden PAS Ni menyalak sana sini. Gelak ada makna tau! Hahaha! Tapi Gelak pasal apa? Jeng jeng jeng!!!
Gomo dah berbulan lamanya sebut satu skandal di Hotel Puduraya yang berlaku awal tahun ini! Skandal bukan sebarang skandal tapi skandal ni kalau dedah habis jahanam PAS sipus sipas ni! Tapi Gomo tak dapat dedahkan semuanya kerana belum mendapat Green Light dari Seorang yang ehem ehem! Hehehe
Jenayah: Perundangan syariah perlu ambil tempat
Ekoran kes jenayah yang tidak berkesudahan, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menggesa kerajaan pusat mula membincangkan secara serius perlaksanaan undang-undang syariah sebagai undang-undang alternatif di negara ini.
Ketuanya, Nasruddin Hassan berkara, kes jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang dibunuh dan dibakar seakan menggambar sistem perundangan sivil yang sedia ada dilihat kurang berkesan bagi membendung aktiviti jenayah.

Wira Perkasa cadang adakan Rundingan Meja Bulat dengan Pemuda Umno, PAS dan PKR
Wira Perkasa Kedah hari ini mencadangkan supaya diadakan Rundingan Meja Bulat melibatkan Pemuda Umno, Pemuda Pas, Angkatan Muda Keadilan dan pertubuhan itu bagi membincangkan beberapa isu yang menyebabkan perpecahan Melayu.
Ketuanya Shaharol Niza Omar berkata tujuan rundingan itu diadakan bagi merungkai permasalahan dan pertelingkahan yang berlaku sejak akhir-akhir ini antara Perkasa dan parti-parti politik itu.

Mengapa Dr Mahathir Menolak Hudud PAS? ( BLOGGER UMNO )
Beza Antara Hudud Allah dan Hudud PAS
Banyak persoalan berlegar-legar di pemikiran kita, mengapa Dr Mahathir sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri menolak hukum Hudud. Sedangkan kita sudah jelas ianya hukum Allah dan termaktub di dalam Al-Quran. Jadi di sini aku ingin rungkaikan sedikit persoalan tersebut.
Mahtir & BN Tolak Hudud ( SAKSIKAN )
15 cabang terakhir PKR mula bermesyuarat
Sebanyak 15 cabang PKR di Selangor, Johor dan Sarawak akan menjadi yang terakhir mengadakan menyuarat agung tahunan dan pemilihannya bermula pagi ini.
Cabang-cabang itu, tujuh di Selangor, tiga di Johor dan lima di Sarawak.
Tumpuan hari ini sekitar Selangor - yang menyaksikan penyertaan tokoh-tokoh besar PKR bertanding jawatan tertinggi di peringkat cabang - melibatkan Gombak (Azmin Ali), Kuala Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim), Selayang (William Leong) dan Ampang (Zuraida Kamarudin).

Tunai janji jika mahu sokongan kami, amaran Raja Petra buat Pakatan dan Anwar
Yang mana datang awal? Perubahan atau sokongan popular?
Nampaknya, blogger Malaysia Today Raja Petra Raja Kamaruddin sudah mula hilang sabar dengan memberi kata dua kepada Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu pertemuan di sini semalam.
Ketua Pembangkang itu juga telah dipaksa menzahirkan pendirian terhadap masyarakat madani selepas Raja Petra, yang menjadi tumpuan pelbagai gerakan akar umbi di Malaysia, mencabar PR berhubung komitmen mereka terhadap pembaharuan yang hendak dibawa dan dilaksanakan.

Pemilihan PKR: Anwar kecam Zaid guna media Umno
Dilihat sebagai serangan ke atas bakal calon jawatan timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi amaran kepada calon-calon bertanding agar tidak sama sekali menggunakan media milik Umno, yang dilihat sebagai ‘musuh’ Pakatan Rakyat.
“Calon-calon (yang bertanding) seharusnya berwaspada agar tidak dieksploitasi oleh media Umno untuk menyerang polisi-polisi dan pemimpin-pemimpin kita.
“Jangan benarkan parti (PKR) digunakan oleh media Umno dan propaganda (mereka),” kata pemimpin ini pada satu majlis di sini hari ini.
Anwar yang juga Ketua Umum PR mengingatkan ratusan rakyat Malaysia di sini bahawa PKR berjuang untuk melakukan reformasi dan tidak memerlukan “media Umno atau duit.”

Umno tiada roh tarbiah
Umno yang menolak Islam sebagai dasar perjuangannya kosong dan tidak mempunyai roh tarbiah, berbeza dengan PAS yang menjadikan tarbiah sebagai asas perjuangannya.
Justeru itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, program tarbiah seperti Ijtima' Tarbawi yang dianjurkan oleh Pemuda PAS tidak dapat dianjurkan oleh Umno kerana parti itu tidak mengambil Islam sebagai teras perjuangan.
"Umno, dia tolak Islam automatik dia tolak roh, bila dia tolak Islam, Nabi Muhammad pun dia tolak, al-Quran pun dia tolak, Allah Taala pun dia tolak," katanya dalam pidato sempena Ijtima’ Tarbawi Dewan Pemuda PAS Pusat di Masjid Rusila, malam tadi.

Pelabur risau datang kerana rasuah
PAS memandang serius apabila Tan Sri Azman Hashim menyebut kos tinggi rasuah adalah penyumbang kepada sebab pelabur risau datang ke negara ini.

“Jika selama ini pihak pemimpin Umno BN hanya menganggap adalah fitnah pembangkang semata-mata, sekarang kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang peniaga yang terkenal di negara ini adalah bukti mengapa keadaan ekonomi negara kita dipandang serong oleh pelabur,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

PA Zahrain pulangkan RM1,000 wang 'haram'
Ismail Mohd Ali - pembantu khas kepada ahli parlimen bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang keluar PKR Februari lalu - hari ini memulangkan wang ehsan RM1,000 sumbangan kerajaan negeri Pulau Pinang di atas kematian ibunya.
Ismail (kanan) berkata beliau memutuskan untuk memulangkan wang tersebut selepas berbincang dengan ahli keluarga ekoran laporan bahawa wang itu dipercayai dari sumber judi.
Ismail menerima sumbangan itu melalui program kebajikan warga emas kerajaan negeri pada bulan Ogos ketika ibunya meninggal dunia pada bulan Julai ketika berusia 82 tahun.
"Saya tidak mahu atau memerlukan wang ini. Biarkan ia dibelanjakan untuk orang miskin," katanya dalam sidang akhbar Umno bahagian di Bayan Baru untuk kira-kira 50 warga emas yang mahu memulangkan wang ehsan yang diterima dari kerajaan negeri.

Kenapa ‘Tok Guru’ ni suka sebut gilo
Seumur hidup saya tidak pernah menghadiri sebarang program ceramah Umno dan tidak pernah berminat untuk curi-curi dengar ‘kelentong’ penceramah-penceramah upahan mereka. Tapi semalam ketika dalam perjalanan pulang dari menyampaikan kuliah Maghrib dan menziarahi kematian di Jabi, hati saya tergerak untuk berhenti seketika di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh, lokasi ceramah Umno yang kalau mengikut poster yang tersebar bertajuk ‘DAP Anti Islam’. Entah apa relevannya tajuk ini sedangkan Besut yang menjadi lokasi ceramah ini tidak mempunyai walaupun setengah cawangan DAP.
Tambahan pula Najib sendiri menawarkan diri kepada Obama untuk mengatasi masalah Islamophobia, tiba-tiba Idris Jusoh menganjurkan ceramah untuk mengapi-apikan sentimen agama dan menyemai kebencian kepada penganut agama lain. Penceramahnya: Idris Jusoh, Alwi Che Ahmad dan seorang yang bernama Abdullah Sa’amah. Saya tidak mengenalinya walaupun dikatakan dia Tok Guru Pondok Genting, Tumpat. Pernah terlihat nama dan gambarnya bersama-sama pemimpin-pemimpin Umno di poster-poster ceramah anjuran Umno Kelantan tetapi saya tidak begitu ambil pusing. That’s not my business. Ketika saya tiba ‘Tok Guru’ ini sedang berceramah.