Sentimen perkauman dan agama yang dimainkan oleh pemimpin Umno sebenarnya telah menyebabkan parti itu semakin dibenci oleh orang Melayu dan bukan Melayu.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohmad Sabu berkata, Umno BN semakin terdesak untuk mengekalkan kuasa apabila rakyat menolak segala permainan kotor perkauman dan agama.
“Jadi, ia bukan menjadikan alasan utama Umno untuk menjadikan sentimen perkauman untuk melaga-lagakan bukan Melayu dengan orang Melayu,” ujarnya ketika menyampaikan ceramah di Kuala Ibai, malam tadi.
Turut berucap ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Jelasnya, hubungan antara PAS dan DAP tiada masalah, bahkan ada di kalangan pemimpin DAP yang makan hasil 'air tangan' beliau semasa ditahan di bawah ISA di Kem Kamunting.