Liwat III : Rashid Pembantu


Perkara yang paling menarik di dalam kes liwat Anwar yang terbaru ialah apabila dikatakan terdapat tujuh saksi utama di pihak pendakwaraya. Selain Saiful yang menjadi saksi utama, saksi lain pegawai penyiasat Jude pereira, Hasanuddin, Rahimi, Rashid Othman dan Abd Hamid.

Tertarik dengan nama Rashid Othman sebagai saksi di dalam kes ini kerana pernah mengulas mengenai beliau di dalam

Pernah menyatakan persoalan "adakah Rashid akan terlibat di dalam perbicaran kes liwat Anwar Ibrahim?".

Ternyata persoalan ada asasnya apabila Rashid akan dipanggil oleh pihak pendakwaan sebagai saksi di dalam kes ini.

Siapa Rashid bin Othman dan apa yang menarik tentang beliau?

Tol empat lebuh raya PLUS tidak naik untuk 5 tahun

Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Ekspressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang, berkuatkuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan amat prihatin terhadap rakyat yang terpaksa menanggung kos pengangkutan yang semakin meningkat.

Beliau menegaskan demikian ketika membentang bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.

Konsert: Gamis bimbang masa depan rakyat

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyuarakan rasa penuh kebimbangan dengan masa depan Malaysia dan rakyatnya setelah diberi peluang menyaksikan sendiri konsert Adam Lambert di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.
Seramai lima orang wakil Gamis yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Muhammad Zaki Sukery yang juga Presiden Ma’ruf Club UIAM diberi pas percuma oleh Puspal dalam respons kepada bantahan Gamis pada pertemuan empat mata sehari sebelumnya.

Mengambil masa lebih kurang sejam untuk merakam gambar dan video, beliau turut berkata masa depan remaja Malaysia yang dicanangkan sebagai pemimpin masa depan bakal berdepan konflik jika landskap masyarakat negara dibentuk oleh suasana semalam.

(Gambar: Aksi penari-penari Adam Lambert malam tadi.)

Intipati Bajet 2011

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.

Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010

Perbelanjaan kos operasi
- RM162.8 bilion

Bajet utamakan BN, petanda pilihan raya dekat

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan pembentangan Bajet 2011 hanya berpihak kepada negeri-negeri di bawah naungan Umno-BN.

Berikutan itu, beliau yang juga setiausaha agung DAP akan mengemukkan rayuan kepada kerajaan persekutuan untuk memberi perhatian kepada negeri-negeri di bawah naugan Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat.

Jais beri amaran tukar AJK masjid, surau

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi memberi amaran akan menukar sistem pemilihan jawatankuasa masjid dan surau di Selangor jika jawatankuasa yang ada terus melanggar arahan-arahan pihaknya.

Antara arahan-arahan itu adalah larangan berpolitik dalam masjid dan juga memberikan kebenaran kepada penceramah tanpa tauliah memberikan kuliah dalam masjid.

"Tuan-tuan kena ingatan sistem perlantikan nazir dan AJK masjid di Selangor adalah satu-satunya kaedah yang berlaku di negara ini.

Bajet 2011: Pakatan sinis, BN optimis

Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima reaksi sinis daripada wakil rakyat Pakatan Rakyat, namun wakil BN tetap optimis dengan angka-angka yang dikemukakan.

Antara yang menjadi sasaran ialah tindakan Najib mengumumkan rancangan kerajaan untuk memansuhkan duti import antara 5 peratus hingga peratus bagi 300 barangan pilihan pelancong – termasuk seluar dalam dan minyak wangi.

Protokol JPM tak nasihat atau Rosmah degil?

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mempersoalkan sama ada penggunaan gelaran ‘Wanita Pertama’ oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Sidang

Kemuncak Wanita Pertama yang berakhir 13 Oktober yang lalu adalah akibat daripada kealpaan Bahagian Protokol Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menasihati beliau ataupun disebabkan kedegilan beliau sendiri.

“Rosmah sepatutnya malu untuk menggunakan gelaran ‘First Lady’, kerana umum mengetahui gelaran itu untuk Permaisuri Agong. Namun, walaupun isu ini telah dijelaskan oleh pelbagai pihak namun ianya berterusan berlaku, dan boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pimpinan asing,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.