Kekejaman Syiah

Tak mahulah Malaysia Terjah memberi komen yang panjang kepada video ini. Perasaan sedih dan terkejut sangat apabila mendapat tahu perangai sebenar syiah








Cinta Sejati yang tiada tolok bandingnya

12 gambar di bawah mungkin boleh mengubah persepsi anda tentang kehidupan, percintaan dan kelangsungan hidup dalam keadaan kekurangan. Mereka berdua ini boleh dijadikan contoh untuk kita terus hidup dengan segala kelebihan yang Allah kurniakan. Tiada alasan untuk kita terus hidup dan berjuang - malaysiasensasi.net

Bukti Saiful dalang sebalik fitnah papagomo Part II ????

Kita lihat kronologi bagaimana Say Fool Baukari memainkan peranan untuk memfitnah Anwar Ibrahim, Di bawah ini CiLiK© dedahkan satu persatu. Papagomo dan Saiful tolong jawab!!!

Saiful Cilaka ini memberikan idea kepada Gomo cilaka untuk membuat isu fitnah yang Kontroversi. Kemudian gomo hangatkan lagi dengan menambah perkataan "Orang dalam PKR"

Bukti Papagomo dan Saiful kaki fitnah????

Rasanya dah ramai orang kenal cybertrooper UMNGOK yang sekor nih si papagomo, kali ni CiLiK© nak tunjukkan bukti si papagomo ni memang kaki fitnah, selalu timbulkan isu yang bukan-bukan untuk mengelirukan rakyat, lebih-lebih lagi pembaca blog dia. Korang yang sokong papagomo ni kalau tak nampak jugak fitnah dia CiLiK© tak tahulah kalau nak terus jadi buta terpulanglah. Kita sampaikanlah apa yang benar, yang tak benar jangan direka-reka. Kita mencari kebenaran bukan kontroversi. Korang dah sedia maklum kan betapa besarnya dosa fitnah? Kalau rasa hebat sangat nak lawan kuasa Allah nak tunjuk kuat dengan Allah, dipersilakan..... taburlah fitnah sesuka hatimu.....

Kat bawah ni CiLiK© tunjukkan screenshot perbualan Saiful dengan papagomo di facebook. Sila klik untuk membesarkan image.Diorang ni bukan kira Halal haram pahala dosa, main bedal semacam je.....

'Kemuliaan Melayu bukan Ketuanan Melayu'

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizal Abdul Jalil mencadangkan konsep 'Ketuanan Melayu' digantikan dengan 'Kemuliaan Melayu' yang kini lebih relevan kepada masyarakat itu.

“Ketuanan Melayu mungkin sesuai suatu ketika dulu. Tetapi jika kita lihat keadaan politik hari ini, konsep yang perlu dihidupkan semula adalah Kemuliaan Melayu,” katanya.

Berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, Shahrizat berkata konsep berkenaan mampu membantu Umno mendapatkan semula keyakinan dan intergritinya daripada rakyat.

“Jika ditinjau dengan teliti, ciri-ciri kemuliaan Melayu yang membawa kepada kemerdekaan dan memacu BN ke arah pencapaiannya hari ini,” katanya.

NGO Islam digesa kaji festival fesyen Rosmah

Para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurkan Islamic Fashion Festival (IFF).

Bagi anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.

Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Mukhriz hina pelabur tidak datang ke Malaysia

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir menghina para pelabur apabila mendakwa mereka tidak datang ke negara ini akibat hasutan pembangkang.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata, Mukhriz memalukan Malaysia kerana beliau boleh mengakibatkan orang luar menghina Malaysia kerana mempunyai menteri yang tak cerdik.

"Jangan hina pelabur. Mereka tidak bodoh seperti orang menjawab tidak pakai akal.

"Bila pelabur hendak buat keputusan sama ada hendak melabur atau tidak ke negara ini, mereka tidak tanya Presiden PAS. Mereka tanya badan-badan yang diiktiraf seperti Economic Intelligence Unit atau Moody's," katanya mengulas dakwaan Mukhriz di Dewan Rakyat hari ini.

Seruan politik baru seolah tiada sambutan

Perhimpunan agung tiga sayap Umno tahun ini bermula dengan seruan daripada ketua-ketua sayapnya supaya anggota parti mengamalkan budaya politik baru ke arah kesederhanaan.

Namun indikasi yang ditunjukkan daripada para perwakilan setakat ini dilihat masih belum menunjukkan bahawa saranan berkenaan diterima dengan baik.

Istilah yang diperkenalkan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam ucapan dasarnya seperti "manhaj" (kaedah) dan "maqassid" (tujuan) dalam mencapai "politik baru" itu juga nampaknya diabaikan oleh para perwakilan di perhimpunan Pemuda petang ini.

Sebaliknya tumpuan dalam perbahasan perwakilan antaranya berkisar kepada wakil Pemuda Kedah, Basorri Hassan dalam menilai prestasi Khairy sebagai ketua pergerakan tersebut.

‘Tawan’ bangunan Umno simbolik tawan Putrajaya

Dengan ‘tertawan’nya bangunan Umno Bahagian Kota Bharu yang kini menjadi hak milik Dewan Pemuda PAS Kelantan, diharap ia menjadi simbolik untuk ‘menawan’ Putrajaya nanti.


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sekiranya bangunan milik Umno Bahagian Kota Bharu itu dapat ‘ditawan’ Pemuda PAS semoga ianya dijadikan perangsang untuk menawan negara pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan bangunan baru Dewan Pemuda PAS yang bernilai RM4.5 juta, pagi tadi.

Razali: Jangan celarukan kepala 'itik' Pemuda

Mesyuarat agung tahunan Pemuda Umno hari ini ditangguhkan dengan dengan kedua-dua pemimpin nombor satu dan nombor dua dalam pergerakan itu sepakat menolak 'politik cucuk' dan atau 'politik sate'.

Memulakan ucapannya dengan menegaskan "hubungan serasinya" dengan Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Umno Datuk Razali Ibrahim menegaskan mereka sepakat berkhidmat bersama demi parti dan negara.

"Jangan cucuk (kami berdua). Bab cucuk ini yang tak tahan," katanya sambil meminta semua pihak memberitahu perkara sebenar daripada 'mencucuk' orang lain.

Lagi rancangan merompak KWSP

Sebelum ini rakyat dikejutkan apabila Perdana Menteri membenarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkatkan pelaburan luar negaranya sehingga mencecah 20 peratus yang mana sebelum ini hanya dibenarkan sebanyak 7 peratus. Ia didakwa merupakan perancangan Umno-Barisan Nasional untuk menyalur keluar dana milik rakyat berjumlah RM75 bilion ke dalam sebuah syarikat yang tidak diketahui milik kerajaan yang disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE).

Islamic Fashion Festival Rosmah hina Rasulullah!

Inilah ajaran Islam cara UMNO dan Barisan Nasional! Bila pemimpin jahil diserahkan tanggung jawab menegakkan Islam, nescaya agama akan dimanipulasi sesuka hati mengikut selera dan kepala hotak pemimpin jahil UMNGOK yang bakal menghancurkan Islam.

Sebelum kita serahkan tanggung jawab menegakkan dan memperjuangkan Islam kepada Najib, kita lihat dulu bagaimana majlis yang kononnya Islamik pada pandangan pemimpin jahil ini dianjurkan oleh mereka. Inikah pakaian atau fashion Islam? Tepuk kepala tanya akal!

3 projek utama gagal kerana kronisme

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak melaksanakan transformasi ekonomi seperti yang diwar-warkan sebaliknya masih mengamalkan kronisme dan rasuah dalam pentadbiran.

Ini terbukti dengan pendedahan ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengenai tiga projek yang mengalami kegagalan dalam kepada kroni Umno BN mengaut keuntungan.

Tiga projek berkenaan ialah pembinaan Hospital Shah Alam, Institut Kanser Negara dan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2 dari Jabor ke Gemuruh, Terengganu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sebelum ini mendedahkan mengenai penyelewengan dalam projek berkenaan memberitahu, Umno BN masih menyerahkan pembinaan hospital itu kepada syarikat kroni walaupun subkontraktor sedia ada, GM Health Sdn Bhd bersedia memberikan diskaun RM3 juta serta menjamin hospital disiapkan dalam tempoh yang lebih awal.