Wajah munafik: Koleksi Umno berpolitik dalam surau/masjid! (bukti bergambar)

Gambar di atas menunjukkan sebuah masjid, bukan sahaja dijadikan tempat untuk menggantung banner Umno/BN di pagar kawasan masjid, malah bendera BN turut digantung di tingap2 masjid..mentang2 mereka kerajaan, maka ianya halal bagi mereka...

Gambar UMNO berak merata-rata. Apa kata Sultan & Mufti

Tengok sendirilah. Kalau bagitau kata orang PAS suka memfitnah. Derhaka Sultan. Jahil, tak ikut mufti dan macam-macam lagi. Tengoklah gambar-gambar pemimpin UMNO yang ‘kencing’ muftinya sendiri.

Fitnah: Dr Zulkefli akan ambil tindakan undang-undang

Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Dr Zulkefli Mohamad berkata, isu beliau ditangkap khalwat yang  dibangkitkan Umno-Online adalah dilakukan dengan sengaja bagi memfitnahnya.

Sehubungan dengan itu, beliau bersama peguamnya, akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu tidak ditarik balik.

“Tindakan pertama ialah meminta supaya didropkan fitnah itu daripada web Umno-Online, dan sekiranya tidak dipatuhi maka tindakan selanjutnya akan menyusul.

TERDESAK tarik pengundi Melayu: Umno sedia gadai prinsip benarkan berpolitik di Masjid



"Tertarik saya apabila salah seorang Naib Presiden UMNO mencadangkan masjid dijadikan pusat pendaftaran pengundi baru UMNO. Bukankah dalam akidah UMNO, politik dan masjid tidak boleh bercampur? Adakah UMNO sudah menukar prinsipnya? Selepas bangunan tergadai, UMNO kini menggadai prinsip?" - FB 'Nik Abdul Aziz Nik Mat'

Umno guna masjid, surau untuk daftar pemilih

KUALA LUMPUR: Umno akan mengunakan masjid dan surau untuk mendaftar ahli sebagai pengundi berikutan hampir 700, 000 ahli parti belum berbuat demikian, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal

Parti Gay??? Ada di Malaysia???

Jika anak-anak gadis mahu memilih calon suami, pilihlah dengan betul kerana di zaman sekarang aktiviti gay, 69, seks songsang, cinta sejenis dan pelbagai lagi semakin menjadi-jadi. Janganlah nanti bila dah kahwin baru tahu rupa-rupanya suami anda itu seorang gay yang hanya menyamar di sebalik perkahwinan. Siasat dahulu... Bak kata orang, "berhati-hati sebelum terkena!"







Ulama muda Umno patut nasihat, bukan kipas

 "Ulama muda Umno sepatutnya menasihati pemerintah dan pembesar, bukan mengipasnya dalam perkara yang beliau sendiri tahu ia salah," kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan ketika memberi respons kepada kenyataan Fathul Bari yang berucap dalam perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini.
Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival Busana Muslim (Islamic Fashion Festival) itu melihat pertunjukan tersebut bercanggah dengan Islam.
"Apa yang kita bantah ialah pertunjukkan fesyen  yang kita saksikan melalui satu siaran yang disiarkan oleh CNN dan juga melalui laman web IFF sendiri," katanya ketika dihubungi tadi.
Beliau memberitahu bahawa Pemuda PAS dan NGO Islam bukanlah bertindak melulu tetapi Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.
"Sering kali orang pertikai kenapa bantah mungkar itu, kenapa tidak tanya dulu penganjur dan penaungnya?
“Kalau saya tanya kembali masa putuskan (untuk) menganjurkannya mengapa tidak tanya ulama dahulu?
"Sepatutnya sebelum buat kena tanya dulu, bukan dah buat orang kena tanya mereka (penganjur dan penaung) mengapa mereka buat," katanya.
Beliau juga melihat tindakan Fathul Bari mempertahankan Rosmah itu sebenarnya akan terus mengheret pemimpin itu kekal dalam maksiat.
Ulama muda Umno tersebut juga dilihat cuba membersihkan Rosmah yang menaungi penganjuran itu agar kesalahan itu ditanggung oleh penganjur.
"IFF boleh terus berkarya menghasilkan reka fesyen selama mana ia tidak bertentangan dengan Islam dan Datin Seri Rosmah boleh menaunginya tanpa halangan selama mana ia tidak mengulangi penganjuran seperti di Monte Carlo," tambahnya.
 Dewan Pemuda PAS juga, ujarnya akan memberikan pandangan bertulis yang berasaskan Islam kepada penganjur mengenai perkara itu. 
Timbalan Ketua Lajnah Ulama Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Azhar Yahya dalam kenyataannya pula menganggap tindakan IFF itu secara spontan telah mengguris perasaan para pecinta Rasulullah s.a.w. dan pendokong syariat Islam.
Katanya, sekiranya Rosmah tidak mahu bertanggungjawab jangan sesuka hati hendak menjadi penaung kepada program seperti itu.
"Fathul Bari bila dikalungkan sebagai ulama muda, maka pastinya akan mempertahankan pengalungnya.
"Kini isteri pengalungnya sedang dipaliti najis yang dinamai kononnya Islamik, maka tidak hairanlah Fathul Bari muncul dengan megahnya di PWTC membelai manja para perwakilan kononnya pembangkang tidak berakhlak Islam," katanya.

Wakil kelab UMNO luar negara puji Anwar

Anak muda yang berjiwa merdeka dan bebas dari maklumat terutamanya dari anak muda luar negara sudah pasti fikiran mereka lebih matang dan terbuka.

Mereka sudah bosan dengan cara politik umno dan mereka juga tidak segan silu memuji pemimpin dari Pakatan Rakyat terutamanya Anwar Ibrahim.

Agak MEMALUKAN! Apabila Pemimpin Umno (baik dari pelbagai peringkat) di kritik secara terang-terangan oleh wakil Kelab Umno luar negara, Moscow dan Soul dalam satu program di Astro Awani sempena Perhimpunan Agung Umno 2010..

Dakwa wakil kelab Umno luar Negara ini, pemimpin2 dlm kerajaan (Umno) susah untuk didekati, banyak protokal dan sebagainya, sehingga menjadi punca penolakan anak muda kepada Umno dan Barisan Nasional..

Dalam masa yang sama, mereka telah memuji gaya kepimpinan Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim sebagai seorang yang humble, sederhana, mudah didekati dan sebagainya..

Kalau dah penyokong (mahasiswa) tegar Umno pun buat pengakuan 'berani mati' ini, korang fikirlah apa reaksi anak muda negara yang lainnya..mungkin di sini menjawab persoalan, kenapa kerajaan begitu bersungguh2 mahu menyekat mahasiswa daripada berpolitik...fikir2kan...
wallahua'lam..

p/s: Hipokrit bukan? kata mahasiswa tak boleh berpolitik, tetapi kelab Umno luar negara ini apa boleh pulak ditubuhkan..





Fitnah calon PAS khalwat dengan ibu sendiri: Umno semakin keterlaluan dan biadap!



Oleh: Pria Malaya

Sungguh biadap dan keterlaluan..penyokong jumud Umno sanggup melakukan apa sahaja sehingga melemparkan fitnah kejam terhadap lawannya demi mengejar cita-cita politiknya...

Ini bukan yang pertama...jika anda ingat, mereka penyokong tegar Umno melalui laman forum MYKMU pernah dahulu menuduh seorang Yb muslimat PAS dari Selangor melakukan khalwat dan zina, namun ternyata ianya adalah dusta dan fitnah yang jahat..

Tidak belajar dari kesilapan, kali ini mereka meneruskan kempen menfitnah calon PAS Galas kononnya telah berkhalwat dengan ibunya sendiri..astaghfirullah..di mana kewarasan penganut-penganut tegar Umno ini?...

Setakat ini, blog2 pro-Umno yg pernah menyiarkan artikel fitnah ini masih belum membuat permohonan maaf, jangan pelik sekiranya mereka hanya tersenyum melihat berita ini tanpa sedikit pun rasa kesal dan bersalah, sekurang2nya misi awal mereka telah berjaya....wallahua'lam...

Calon PAS: Tuduhan khalwat fitnah semata-mata

Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.
Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.

"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli.

Dr Zulkefli diumumkan sebagai calon PAS oleh Nik Aziz di Gua Musang malam semalam.

Beliau adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008 tetapi tewas.

Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik. Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992. Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.

Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang atau 16.35 peratus. - MK

Persidangan Agung UMNO, Semua Dangdut Kat KL Penuh Dengan "Orang UMNO"...??



Wah! Macam dayak dapat senapang ker..? Maklumlah dah berjauhan dengan anak bini…, dah macam trend pulak kalau pegi outstation mesti nak enjoy!

Dengar cerita bila sesi pagi ramai yang datang lambat, sebab malam tadi perwakilan laki2 banyak pegi enjoy, tumpuan of course la ke Dangdut kat KL nie…

Ade member cerita pagi tadi, bila dia dengan geng dari Penang pegi dangdut nie terserempak dengan kawan2 UMNO, bila pegi dangdut yang lain pulak pun jugak ramai “kawan kawan” UMNO….

Hmmmmm enjoy la bang, sesekali…!
p/s: Sekali lagi..cuba cari sendiri dahulu..apa yg penulis nk bagitau, kedua2 sumber ini datangnya dari blog otai Umno sendiri..tak perlulah penulis nk reka cerita atau berbohong di sini...kalau mereka cuba padam entry tersebut, penulis ada printscreen sebagai bukti...

InsyaAllah..lepas ni penulis akan tampilkan linknya...saja nk tengok apa reaksi penyokong gerombolan dahulu...;)

GEMPAR Kereta milik exco Pemuda UMNO Malaysia???

Memetik artikel dari sebuah blog pro-Umno...
GEMPAR Kereta milik exco Pemuda UMNO Malaysia???

terkejut sedang elok jalan-jalan disekitar KL Ternampak sebuah kereta mewah Giler kat sebuah lobi hotel yang berdekatan dengan PWTC

Beragak-agak lah nak datang Persidangan Pakai kereta macam tu
Najib datang PWTC pun naik Proton Perdana je

Heran Bin Ajaib

Ni semua nanti Bloggers yang nak kena jawab nanti
p/s: Bukan penulis yang kata, blogger Umno yang kata..siapa blogger Umno tu?..boleh cari sendiri..klu dah bagi...;)