Isu tanah: Umno BN mesti ditumbangkan

Kekejaman dan ketidakadilan dalam urus tadbir tanah di Sabah menjadi satu bukti kukuh mengapa Umno dan Barisan Nasional (BN) mesti ditumbangkan.

Umno BN yang menjanjikan "Sabah Baru" dan membawa perubahan dalam tempoh 100 hari melalui manifesto yang mereka canangkan pada pilihanraya lalu berubah menjadi mimpi ngeri yang tidak pernah dibayangkan oleh rakyat di negeri ini.

Rumah penduduk pribumi dibakar, kampung halaman dimusnahkan dan tanah yang telah diusahakan puluhan tahun dirampas.
Inilah menjadi sebab utama Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah (HEMPAS) berjaya menarik ribuan rakyat Sabah hadir di Dewan Hakka Sandakan, semalam.

Syarikat cabar kuasa Jakim

BUKTI...laman web milik syarikat mengedar sijil halal swasta yang mengarahkan laporan polis dibuat sekiranya pegawai Jakim membuat pemeriksaan di premis yang menggunakan logo halal milik mereka.
 


Tidak ubah seperti sengaja mencabar bidang kuasa pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) apabila syarikat swasta yang menjual logo halal palsu kepada pengilang dan restoran tempatan mengarahkan pelanggannya membuat laporan polis jika didatangi pegawai agensi berkenaan.
Arahan tidak masuk akal itu dianggap sebagai langkah terdesak syarikat swasta berkenaan selepas ribuan syarikat yang sebelum ini diserbu dan diperiksa Jakim mula gusar dengan status sijil dikeluarkan syarikat itu.