Tanpa logo: PAS bantah SPR tidak profesional


PAS membantah sikap tidak profesional Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mencetak kertas undi, kata Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
“Kita bantah ketidakprofesionalisme SPR dalam mencetak kertas undi.
“Kita telah buat 3 report polis oleh pengundi, iaitu oleh Zaleha Saleh yang mengundi di peti undi SK Tengku Muhammad Fakri Petra,” katanya.

ADUN Sekinchan dakwa dipukul ahli Umno

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini membuat laporan polis, mendakwa beliau diserang dan dipukul oleh sekumpulan orang yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kuala Selangor pada jam 1.30 petang tadi.

Menceritakan insiden tersebut, Ng mendakwa beliau bertemu dengan petani di kunci air Sawah Sempadan di Tanjong Karang kira-kira jam 11.35 pagi "untuk mendengar rintihan harga jualan padi yang rendah dan potongan basah yang terlalu tinggi".

PAS bedah siasat gagal pertahan Galas

PAS akan melakukan bedah siasat terhadap kegagalan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.
Biar pun begitu jentera pilihan raya PAS Kelantan berpuas hati dengan gerak kerja kempen yang dijalankan dan bantuan jentera dari luar serta rakan-rakan dari Pakatan Rakyat.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, kesungguhan ditunjukkan jentera kempen begitu memberangsangkan sekali sehingga ramai tenaga dari luar datang membantu.
“Namun kita juga mengesan ada penyokong di peringkat Unit Peti Undi (UPU) tidak keluar mengundi mungkin berpunca dari masalah tertentu.
“Kegagalan mereka keluar mengundi menyebabkan prestasi pilihan raya umum lalu gagal dipertahankan,” katanya di sini.

Ku Li: Terima kasih PAS

Pengarah jentera BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas Tengku Razaleigh merakamkan penghargaannya kepada PAS kerana "tidak menimbulkan banyak masalah" kepadanya sepanjang 10 hari berkempen.

"Saya juga telah menasihatkan pemimpin BN supaya tidak menyentuh peribadi pemimpin lawan mereka demi menjaga pemuafakatan dalam membela hak rakyat," katanya dalam sidang media di kediamannya di Bukit Cekati selepas pengumuman kemenangan BN malam ini.

Batu Sapi, Galas milik BN

Barisan Nasional hari ini berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi miliknya dan berjaya merampas kerusi DUN Galas dari PAS.
Di Batu Sapi, calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 9,773 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong.
Calon SAPP yang juga presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,031 manakala calon PKR, Ansari Abdullah pula mendapat 3,414 undi.

Kemenangan berganda bukti rakyat yakin BN

Kemenangan berganda BN di Batu Sapi dan juga Galas membuktikan bahawa rakyat masih yakin dan mempercayai agenda pembangunan kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONEKatanya, kemenangan itu amat signifikan kerana ia menunjukkan bahawa rakyat masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meskipun dinafikan oleh pembangkang.

“Ini bermakna kedudukan kita sekarang ini semakin mantap dan kita telah berjaya mendapatkan semula keyakinan rakyat,” katanya kepada wartawan selepas calon BN, Linda Tsen Thau Lin di Batu sapi dengan majoriti 6,359 undi.