Koh janji ganti 'tai chi' dengan 'kungfu mentadak'

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini berjanji akan lebih tegas dalam segala tindakan dan pandangannya terhadap sesuatu isu, yang sebelum ini dilihat anggota parti sebagai terlalu
lemah lembut.

Mengibaratkan kepimpinannya sebelum ini seperti kung fu 'tai chi' yang lemah lembut, Koh berkata beliau akan menggunakan seni mempertahankan diri yang lebih keras iaitu kungfu 'mentadak'.

Kes 'March to Putrajaya' berarak ke mahkamah


Seorang penulis dan penganalisis politik memohon semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mengisytiharkan rampasan terhadap bukunya sebelum ini sebagai tidak sah.


Kim Quek, penulis The March to Putrajaya (Berarak ke Putrajaya) membuat permohonan itu pada 4 November lalu untuk mengetepikan arahan pengharaman Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap bukunya.

Jangan pulangkan wang warga emas melalui Umno

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan menghalang mana-mana warga emas untuk mengembalikan wang penghargaan sebanyak RM100 seorang yang diterima sebelum ini.
Namun begitu pemulangan wang tersebut sekiranya benar, hendaklah dilakukan melalui pejabat daerah untuk dipulangkan kepada kerajaan negeri dan bukannya melalui Umno.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng selepas meraikan majlis kesyukuran di Kampung Permatang Tepi Laut, semalam.

Banjir: BN hanya berlakon, tuduh melulu

Dakwaan Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan Negeri Kedah melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa banjir di negeri itu adalah tuduhan melulu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sejak dari awal banjir melanda negeri itu, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan membantu mangsa banjir termasuk memastikan pusat penempatan sementara mencukupi.
(Gambar: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak turun bertanya khabar mangsa banjir di pusat pemindahan)
"Tuduhan mengatakan kerajaan Negeri Kedah tak ambil tahu masalah mangsa banjir satu tuduhan yang sangat melulu, yang dibuat oleh Barisan Nasional.

Elektrik: Janji 5 kali pilihan raya belum ditunai

PAS For All sekali lagi diterjemahkan PAS Miri melalui program pembelaan rakyat dan kebajikan di sekitar pinggir Desa Senadin dan Kampung Sealine.
Yang Dipertua PAS kawasan, Haji Jofri serta pimpinan kawasan beserta anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS, rombongan telah turun menyampaikan bantuan serta mendengar sendiri permasalahan rakyat setempat, kelmarin.
Turut serta Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi yang dalam rangka lawatan kerja bertemu Pemuda PAS kawasan.
Kebanyakan penduduk ditemui amat kecewa dengan janji pemimpin BN khasnya berkaitan pampasan kepada penduduk yang terlibat pada kebakaran dua bulan yang lalu.
Mereka tidak diberi pampasan malah terpaksa membayar harga tinggi untuk mendapatkan rumah baru yang dibina kroni BN di Desa Senadin.
Selain itu, bagi penduduk sekitar Kampung Senadin pula menghadapi masalah tiada sambungan bekalan air dan elektrik sempurna.
Bayaran mahal sehingga RM3,000 diperlukan untuk penyambungan melalui pihak swasta iaitu Sesco dan Laku.
Janji demi janji Adun setempat yang kononnya akan menyegerakan penyelesaian masalah itu terus diimpikan walaupun sudah lima kali pilihan raya.
Mereka kesal dan telah menyatakan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan.
Jofri yang ditemubual menyatakan komitmen dan usaha PAS untuk membawa permasalahan itu kepada pihak berkenaan.
“Dengan penubuhan DHPP yang insya Allah bakal dirasmikan Tuan Guru Presiden, PAS for All kini benar-benar diterjemahkan di negeri Bumi Kenyalang ini,” ujarnya.

Zaid undur timbalan, letak semua jawatan PKR

Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemilihan PKR: Dakwaan Haris berniat jahat

Sistem keselamatan dan integriti yang diperkenalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerlahkan bahawa dakwaan Haris Ibrahim adalah berniat jahat.

"Dengan ciri-ciri ini, dapat menolak dakwaan bahawa kertas-kertas undi ini digunakan semula," ujar Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Begitupun, katanya PKR tidak akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Haris, pemilik blog The People's Parliament, http://harismibrahim.wordpress.com kerana menganggap dakwaan liar untuk membantu proses mematangkan parti.