Pengerusi Kada lebih minat tumpu bola sepak

Sepatutnya Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) memberi fokus kepada pembangunan tanaman padi, namun pengerusinya sekarang memberi tumpuan lebih kepada bola sepak.


Keadaan itu menyebabkan kerajaan negeri dan pihak lain terpaksa membantu Kada dengan mengambil inisiatif memperluaskan tanaman padi.
Usaha tersebut termasuk dilakukan Kijang Care dengan menanam padi organik menggunakan kaedah SRI (Sistem of Rice Intensification) di bendang Tunjung.

'JAKIM tak boleh campur isu sosej babi di Sarawak'


Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak boleh masuk campur menyiasat status agama bapa seorang kanak-kanak yang dirotan kerana membawa makanan berlaukkan sosej babi ke sekolah di Sarawak.

Katanya, ini kerana, di bawah kerangka federalisme yang diterima oleh perlembagaan, Islam adalah bidang kuasa negeri.

Kedah belanja RM2 juta bantu mangsa banjir

Kerajaan Negeri Kedah telah membelanjakan hampir RM2 juta bagi membantu mangsa banjir yang terlibat dalam bencana yang menimpa negeri Kedah baru-baru ini.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada sidang media di sini semalam.