(Imbasan) Bila tiada kesedaran agama dalam diri seorang artis



Ini adalah gambar beberapa tahun lepas. Kelihatan beberapa orang artis yang menghadiri satu event berkaitan. Artis-artis di dalam gambar mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi. Ada antaranya yang sudah dikenali ramai dan ada antaranya paling tidak pun pernah kita nampak dikaca TV. Sukar sebenarnya untuk kita yang bukan ditakdirkan menjadi seorang artis ni untuk mentelaah apa yang tersimpan di dalam hati seseorang artis.

Lihatlah, apakah sebenarnya yang ada di hati mereka bila menadah tangan memohon doa kepada Allah tanpa rasa malu berpakaian sebegitu rupa. Di manakah adab kesopanan seseorang artis. Jika mahu menghadiri majlis keyukuran atau sebagainya (yang atucaranya terkandung doa), better tak payah datang kalau tidak tahu adab yang dari kecil dah diajar oleh ibu bapa masing-masing. Paling tidak pun cikgu di sekolah.

Ataupun bila orang lain tadah tangan, bangun dan keluarlah. Dari turut mengikut menadah tangan yang tidak ubah hanya menghina Tuhan dan Agama. Kepada golongan artis, perlukah bila diebut artis, terus ada pemandangan kurang sihat seperti cara pemakaian yang seksi dan over. Ia, memang anda artis tapi pada masa yang sama dan lebih penting lagi, anda tetap orang melayu dan beragama Islam.

Hormati adat budaya orang Melayu dan paling penting, hormati agama kita yang pastinya berkekalan dunia akhirat. Harap artis-artis diluar sana mengambil ikhtibar setelah semua artis di atas terus dihentam suatu ketika dulu ketika tersebarnya gambar-gambar ini.

Permaisuri Aishah – Part 5

Permaisuri Aishah – Part 5

Adakah dato seri pikir sekiranya saya kawin dengan aisyah, otomatik saya jadi bapak tiri sultan selangor yang akan membawa gelaran "tuanku uncleseekers". dato seri.. tolong jangan buat lawak. Beta tak sanggup...he he..Ini kan semua hanya "cinta syyhh"

Hampir 95% menyuruh aku supaya segera menyiapkan part 5 dan bakinya memberi teguran agar dihentikan segera kisah “cinta syyhh” ini kerana ianya bukan saja membuka aib permaisuri tetapi diri ku sendiri!
Desire Jalan Doraisamy, Asian Heritage Row, Kuala Lumpur, Malaysia
Aku menulis artikel ini di Desire Club kuala lumpur pada 10hb November sambil melayan alunan muzik r&b selepas habis mesyuarat dengan salah seorang anggota paranormal terkenal dari singapura. Beliau meminta aku membongkar satu penipuan terancang anggota paranormal negaranya. Aku memberi jaminan padanya yang aku akan membantunya dalam perkara ini kerana ianya sesuai dengan prinsip aku iaitu “to seek the truth”
Aku, aisyah dan mama pernah letak kereta di sebelah bangunan desire ini ketika kami hendak ke imperial sheraton untuk makan malam bersama lawrence dan Alex.

Setelah beliau pulang 2 jam kemudian tetiba aku terima sms dan panggilan dari wartawan arus perdana sekitar 11malam bertanyakan aku bagaimana untuk menghubungi aishah. Aku katakan padanya supaya pergi ke wangsa walk sekitar 8 pagi sehinga 10 pagi atau terus hubungi taliannya. Beliau agak kecewa kerana permaisuri tidak membalas smsnya!
Adeekseekers bersama permaisuri aishah di Restoran Wadihadramaut

Liza juga tahu rahsia "cinta syyhh"

Tamara Carlyn Rowlands menyapa saya ketika saya sedang menulis artikel ini. Walaupun tamara tidak lagi bertugas didesire, namun kerap berada disana untuk memeriahkan setiap majlis.
Sekitar jam 7 malam ketika aku bersama liza dan adeekseekers berada di plaza GM kuala lumpur ntuk membeli beberapa keperluan peribadi tetiba aku menerima pangglan dari zelmey bahawa aishah telah pun membuat tempahan bilik Presidential Suite Mandarin Oriental Hotel dengan harga kalau tak silap RM28,000 semalam selama 3 hari!

Setengah jam kemudian aku terima panggilan dari mama supaya aku datang ke hotel tersebut untuk meminta tolong dari saya dan aisyah ketika itu berdekatan dengan mama pula bercakap dengan saya agar segera datang!
Disinilah 2 orang "gadis biru" menari

Sedang aku menulis tetiba mata aku terpandang dua orang "gadis biru" sedang menari.Mereka berdua memakai sepasang baju berwarna biru. Seorang cute dan seorang lagi seksi bangat. Aku terkezut awek yang seksi bangat tu punya nasi lemaknya mak ai…menggegar jantung-jantung jantan dalam kelab tu! Yang cute tu bibirnya cantik, hidung mancung, kening berbaris dan matanya agak redup…

Aku minta izin untuk mengambi gambarnya untuk diabadikan dalam cerita ini. Mereka berdua berkata “Why not”

Dipendekkan cerita, apabila saya tiba dilobby hotel aisyah meluru pada saya dan seperti biasa mencium tangan dan mencium pipi dan memeluk saya. Aisyah memperkenalkan pada pekerja hotel bahawa saya adaah suaminya! Saya terkedu dan mulut ini terkunci dari berkata apa-apa!

Beliau terus memeluk dan kami terus ke bangunan sebelah iaitu klcc…

Sebenarnya saya sangat malu diperlakukan sebegitu tetapi mama mengenyitkan pda saya. Saya angguk dan dalam fikiran saya terus mencari helah supaya saya tidak diperlakukan begitu kerana ratusan mata yang melihat aksi tersebut!


Tetiba saya sampai dikawasan tempat jualan pakaian dalam.Saya tidak berapa pasti dimana saya berada ketika itu kerana fikiran saya asyik mencari pelbagai helah supaya tidak dipeluk. Saya rimas! Rimas! Rimas!
Sekadar hiasan

“Abang pilihlah untuk saya…”

Mak ai! Aku mana tau saiz dia...Matilah aku malam ni…saya beritau mama bahawa saya tidak pernah pergi ketempat sebegini (sebenarnya kalau saya ada jodoh kali ini, saya sendiri akan pilih pakaian dalam untuk isteriku! Biasalah..kelemahan lelaki dimata..he he)

Selepas mama membeli semua barang keperluan untuk malam tersebut, aisyah menyuruh saya menangkat barang yang dipilih. Saya cakap pada aisyah “sorilah…abang tak pernah buat benda macam ni”

“Abang ni langsung tak romantik lah”

Memanglah aku tak romantik dengan dia sebab warna pakaian dalam yang dipilih langsung tak stim. Hancusss…

“Dalam hati kecilku berkata, “ Sorilah beb, peduli apa aku samada kau permaisuri atau apa, jangan paksa benda yang aku tak suka”

Mama mengenyit mata dan mengangguk kepala padaku. Aku faham maksud mama kerana ianya “cinta syyhh”.

Sampai dikaunter pembayaran sekali aisyah buat hal dihadapan dua orang gadis yang terima pembayaran darinya.

“Kenalkan uncleseekers…dialah suami saya”

Adusss….malunya aku tuhan saja yang tahu tapi nak buat camner…

Sekali lagi aku mencari helah berpura-pura mencari gula-gula dikaunter tersebut…

“Abang nak yang ini ke?”

Aku dah malas nak layan sebab ada pasangan suami isteri yang memerhatikan gelagat kami bertiga.

“Boleh jerlah..”

Setelah pembayaran dijelaskan kami berpegangan tangan keluar sampailah dipintu keluar klcc tersebut tetiba asiyah ditegur oleh seorang lelaki bersama teman-temannya direstoran.

“Tuanku permaisuri…, apa khabar?”

“Baik, kenalkan ini suami saya, unclesekers…”

Aku terkedu sambil bersalaman dengan longlai dengan mereka semua



Aku menjauhkan diri dari kumpulan tersebut sambil aisyah berbual. Selepas itu saya dimaklumkan bahawa orang yang menegur aisyah adalah ketua polis daerah atau negeri atau cawangan mana pun saya tak pasti kerana saya tidak mahu ambil tahu!



Kami terus menuju kehotel dan apabila masuk saja ke pintu hadapan hotel tersebut terserempak pula dengan beberapa kakitangan hotel yang lain dan seperti biasa saya diperkenalkan sebagai suaminya.

“Aisyah…jom arr cepat naik atas”

“ok ok abang”

Kami bertiga menuju ke lif. Sebaik saja lif ditutup, saya memandang keadaan sekeliling dan terus berdoa

“Ya Allah, selamatkanlah aku malam ni…”


Bersambung
Nota penting
Kepada sesiapa yang berkenaan, saya bertanggungjawab dunia dan akhirat setiap artikel yang ditulis. Saya bersedia di bawa kemuka pengadilan sekiranya artikel ini berunsur fitnah dari part 1 sehingga part 5 ini. Mungkin terdapat sedikit kesilapan sana-sini kerana artikel yang dibuat ini tersangat ringkas.

Buat aisyah dan mama, harap berterus terang sekiranya ada yang bertanya. Janganlah berbohong kerana diakhirat nanti pasti kita akan dipersoalkan

Buat dato seri - Boleh blah la lu - lu talam dua muka punya olang!

Sumber : http://uncleseekers.blogspot.com/2010/11/permaisuri-aishah-part-5.html

Permaisuri Aishah - Part 4

Permaisuri Aishah - Part 4

"Cinta Syyhh" - cinta yang diamanahkan...

Pada 7hb Jun 2010 ketika aku sedang menikmati nasi goring selepas “skrip reading” filem Momok Jangan panggil aku” bersama artis AF Noni, Ekin dan pendatang baru dalam dunia filem iaitu Babyfaralia sekitar jam 4 petang, aku terima panggilan dari Aishah.

Permaisuri Aishah - Part 3

Permaisuri Aishah - Part 3

"Sudah-sudah la tu bro..Lu dah sampaikan point lu..Kesianlah kat Pemaisuri..dia wanita yang baik dan dihormati. Jangan disensasikan perkara ini sampai membuka keaiban org..tak baik bro..Sebagai sahabat, gua hormat pemaisuri..gua sayang lu bro."

Permaisuri Siti Aishah - Part 2

Permaisuri Siti Aishah - Part 2

Yang Teramat Mulia Cik Puan Besar Selangor Datuk Amar Siti Aishah binti Dato Seri Abdul Rahman

Beberapa panggilan yang aku terima hari ini semua memuji kerana keberanian aku membongkar isu ini.

Uncle Seekers Dedahkan Hubungan Cinta Rahsia Dengan Bekas Permaisuri Agong Siti Aishah (PART 1)


gambar uncle seekers dan siti aishah
Siapa yang tidak kenal dengan Siti Aishah, bekas permaisuri Agong suatu ketika dahulu. Alkisahnya, Uncle Seekers di dalam blognya telah membuat satu pendedahan ekslusif  kisah cinta rahsianya dengan bekas permaisuri Agong, Siti Aishah. Memang sukar untuk dipercayai tetapi gambar-gambar Uncle Seekers bersama Siti Aishah memang agak menunjukkan kemesraan mereka berdua.

Setakat hari ini, sudah 5 blog post sudah ditulis oleh Uncle Seekers untuk mendedahkan hubungan “cinta syhhh” antara mereka berdua. Kami tak mahu beri komen apa-apa. Mungkin anda sendiri perlu membaca pengakuan part 1, part 2 , part 3, part 4 dan part 5 dari Uncle Seekers. Kemudian anda buatlah penilaian anda sendiri.

Lagi gambar Uncle Seekers bersama mantan permaisuri Agong, Siti Aishah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

gambar uncle seekers dan siti aishah
gambar uncle seekers dan siti aishah
gambar uncle seekers dan siti aishah
gambar uncle seekers dan siti aishah
gambar uncle seekers dan siti aishah

Zambry menang saman fitnah Suara Keadilan

azlanMahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bagi memasukkan penghakiman terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga pihak lain, dalam saman fitnah RM100 juta terhadap mereka.

Penolong pendaftar kanan Noordura Mohammad Din yang memutuskan demikian juga berkata jumlah kerugian akan ditaksirkan kemudian oleh mahkamah.

Pembersihan 'pengkhianat' dalam PKR bermula

Pemenang kerusi timbalan presiden PKR Azmin Ali berikrar untuk membersihkan parti itu daripada "pengkhianat" ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.

NONEBercakap kepada parlimen di lobi Parlimen, Azmin (kanan) - kini masih naib presiden - berkata, "pembersihan" itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR Ahad ini.

Beliau mendesak anggota parti pimpinan Datuk Seri Anwar dan isterinya itu membangunkan "prinsip kesetiaan" demi memastikan semangat reformasi tidak diketepikan dalam parti itu.

Parlimen Mahasiswa masih dibayangi Auku

Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria mendakwa Parlimen Mahasiswa di negara ini masih dibayangi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), berbeza dengan Parlimen Mahasiswa yang diwujudkan di United Kingdom.
 
Beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, Parlimen Mahasiswa yang merupakan inisiatif KPT tidak memberikan kebebasan yang sepenuhnya kepada mahasiswa untuk berperanan sebagai suara ketiga.

"Di UK seperti mana yang kita ketahui, Parlimen Mahasiswa ditubuhkan,mereka mempunyai akta khusus menyebabkan mahasiswa yang memberikan pandangan dalam forum tersebut mempunyai kebebasan untuk menyatakan pandangan-pandangan mereka.

"Di Malaysia kita masih lagi mempunyai sekatan-sekatan seperti Auku yang menghalang kebebasan mahasiswa daripada menyuarakan pandangan.

"Sejauh mana inisiatif yang dibuat oleh menteri boleh memberikan mahasiswa suara yang ketiga dalam pembangunan negara kita?" soal beliau.

Di Malaysia, hanya Universiti Sains Malaysia (USM) yang melaksanakan model Parlimen Mahasiswa manakala di IPT-IPT lain diwujudkan sudut pidato.

Nasir dalam soalan asalnya meminta Menteri Pengajian Tinggi (KPT) menyatakan adakah kerajaan berhasrat untuk menubuhkan Parlimen Mahasiswa (Student Parliament/Youth Parliament) seperti mana yang dilaksanakan di UK sebagai bukti keterbukaan kerajaan mengiktiraf suara mahasiswa sebagai suara ketiga dalam menjadi rakan pembangunan negara dan juga menggalakkan mahasiswa terlibat secara progresif dan positif dalam politik negara.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung dalam jawapannya memberitahu bahawa KPT sememangnya menyokong dan menggalakkan pelaksanaan program-program pembangunan sahsiah pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk melalui pembentukan Parlimen Mahasiswa.

"Sesuai dengan kuasa autonomi yang ada pada IPT, Naib-Naib Canselor telah diberi kuasa dalam menguruskan hal-hal berkaitan perkara ini di IPT masing-masing," kata beliau.

Menurutnya, setakat ini USM telah melaksanakan model Parlimen Mahasiswanya yang tersendiri secara rasmi pada 23 Oktober lalu dengan dikenali sebagai Dewan Perundingan Pelajar (DPP).

Beliau bagaimanapun tidak menjawab persoalan sebenar mengenai kekangan mahasiswa di bawah Auku.

Sementara itu, Datuk Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan) pula mahu kerajaan mewujudkan secara keseluruhan Parlimen Mahasiswa.

"Persoalannya sekarang dengan keyakinan jitu daripada kementerian,apa halangannya untuk pihak kerajaan mewujudkan secara total Parlimen Mahasiswa kerana mahasiswa ini adalah aset negara.

"Daripada awal kita latih mereka, didik mereka bagaimana menjadi wakil rakyat, bagaimana nak bincang isu-isu yang relevan," katanya.

Usul bincang tarikh raya 'sangat pelik' ditolak

NONEUsul tergempar yang dikemukakan ahli parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub agar Parlimen membincangkan isu tarikh Aidiladha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi ditolak dalam kamar.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dibuat bawah perkara 18(1) itu atas alasan ia sudah dibincangkan sebelum ini, lapor Harakahdaily.

Pakar: Air mani boleh kekal 72 jam dalam rektum

NONESaksi kedua pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, air mani boleh berada di dalam dubur seseorang selama tiga hari.

Dr Razali Ismail, saksi kedua pendakwaan berkata demikian ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin petang ini.

Pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur itu ditanya berhubung pemeriksaan yang dilakukannya ke atas dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar.

Dr Razali berkata, berdasarkan bacaannya, air mani boleh berada di dalam rongga itu selama 72 jam.

Disoal lanjut, Dr Razali (foto, kanan) berkata beliau tidak tahu siapakah yang melakukan perbuatan itu (meliwat) tetapi beliau hanya mengetahui bahawa individu tersebut adalah seorang tokoh ternama. 

Terdahulu ketika ditanya oleh peguam Anwar, Sankara Nair, Dr Razali berkata beliau membuat pemeriksaan ke atas dubur Mohd Saiful pada jam 10 malam, 28 Jun 2008 – 56 jam selepas saksi utama itu didakwa diliwat.

Ketika disoal oleh seorang lagi peguam Anwar, Karpal Singh, pakar bedah itu mempertahankan bahawa rektum Mohd Saiful kosong dan tidak mengandungi najis walaupun saksi utama itu mendakwa tidak membuang air besar selama tiga hari.

Mahkamah pada petang ini turut mendengar pemeriksaan balas ke atas pakar patologi HKL Dr Siew Sheue Feng, saksi ketiga pendakwaan sebelum perbicaraan ditangguhkan pada kira-kira jam 4 petang ini.
Anwar dihalang dapatkan laporan perubatan

Sementara itu, dalam perbicaraan sesi pagi tadi, satu keputusan dibuat oleh hakim untuk tidak memberikan nota klinikal oleh tiga doktor yang memeriksa Mohd Saiful kepada pembelaan.

NONEMohamad Zabidin (kiri) berkata beliau memutuskan demikian memandangkan pembelaan gagal memenuhi keperluan perundangan untuk mendapatkan nota berkenaan.

Permohonan yang dikemukakan pembelaan itu hanya berdasarkan gerak hati untuk menonjolkan kontradiksi dalam keterangan Mohd Saiful, katanya.

Mohamad Zabidin juga memutuskan bahawa laporan perubatan daripada doktor HKL itu diterima sebagai bahan bukti walaupun menerima bantahan daripada Karpal Singh.

Karpal berkata beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan berkenaan.

MPSJ dinobat kerajaan tempatan paling berjaya di Selangor

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah dinobatkan sebagai antara pihak berkuasa tempatan paling berjaya di Selangor sepanjang tahun 2010 ini apabila berjaya memenangi dua anugerah dalam satu majlis hari ini.

MPSJ telah memenangi tempat pertama dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam Selangor untuk tahun 2010 melalui Sistem STAR Rating Individu dan membawa pulang wang tunai RM 10,000 dan Sijil.

MPSJ juga berjaya menduduki tempat pertama dalam Anugerah Pengurusan Pejabat Cemerlang (APPC) dan menerima Anugerah Inovasi Menteri Besar Selangor (AIMBS) dengan membawa pulang wang tunai RM20,000.00.

Malaysia perlu berani tegur kuasa besar

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu kerajaan Malaysia lebih berani menegur dan menyatakan keadilan terhadap sikap double standard kuasa-kuasa besar dunia.

Bercakap sewaktu Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar (Hubungan Dua Hala), Ahli Parlimen Marang itu berkata, Malaysia masih tidak memainkan peranan sewajarnya khususnya melalui Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).