Dedah jumlah sebenar hutang negara RM446.7 bilion. ????


Pakatan Rakyat mendesak Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mendedahkan jumlah sebenar hutang negara.
Menurut penyata anggaran perbelanjaan persekutuan 2010/2011, hutang negara berjumlah RM446.7 bilion.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai yang meletakkan hutang dalam dan luar negara pada paras yang jauh lebih rendah, iaitu RM231 bilion adalah tidak benar.
"Saya pun tidak faham apa jawapan beliau. Saya rasa kita patut mendapat penjelasan kerana hutang negara menyentuh kedudukan negara di masa depan dan keupayaan kewangan negara untuk mentadbir keseluruhan kaedah-kaedah pengurusan kewangan ekonomi negara," katanya di parlimen, semalam.

Siapa yang Mengfaraidkan harta awam ????

NONESebelum dasar penswastaan diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad, bekalan air untuk warga diseluruh negara dikendali dan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

JKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu atau Datuk yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR.

Dua persoalan hubungan AG - Shahidan

NONEDua perkara berhubung dakawaan hubungan antara Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan Shahidan Shafie, proxi bekas pengerusi Penerbangan Malaysia, Tan Sri Tajuddin Ramli, perlu diperjelaskan, kata Majlis Peguam.

Pengerusinya, Ragunath Kesavan (kanan) berkata perkara pertama yang perlu dijawab adalah sama ada benar atau tidak seseorang telah membayar perbelanjaan Abdul Gani dan keluarganya menunaikan ibadat haji baru-baru ini. Kedua sama ada bayaran itu sebagai satu bentuk penghargaan kerana melakukan sesuatu ataupun untuk tidak melakukan sesuatu.

Gaji RM5.1 juta setahun pengerusi Syabas dipertikai

NONEPemuda PAS Wilayah Persekutuan mempertikaikan gaji mewah pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Tan Sri Rozali Ismail yang didakwa mencecah RM5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan.

Ketua penerangan dewan itu Fadhil Osman berkata pendapatan tinggi itu tidak wajar diperoleh oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat.

"Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hairan bagaimana kerajaan Selangor sebelum era Pakatan Rakyat boleh meluluskan pendapatan sebegini banyak untuk seorang pengerusi syarikat yang mempunyai kepentingan dengan keperluan asas penduduk di negeri Selangor iaitu air," kata Fadhil.