Razaleigh Hamzah mendakwa Tuanku Ismail Petra masih Sultan Kelantan yang sah sambil menegaskan, pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan September lalu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, Tengku Razaleigh mahu Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan supaya campur tangan untuk menangani masalah tersebut.