"Setidak-tidaknya satu fakta menonjol. DrMahathir sekarang tampaknya malu kerana peranannya dalam Operasi Lalang dan beliau hanya membenarkan tindakan pengecutnya itu selepas dua dekad lamanya," kata Dr Kua dalam satu kenyataan media.
Kenyataan Dr Kua itu terbit susulan daripada kenyataan mantan Ketua Polis Negara , Tan Sri Hanif Omar yang berkata Dr Mahathir tidak pernah mengarahkan penangkapan pembangkang secara beramai-ramai di bawah Ops Lalang.
"Pertama-tamanya, apa yang kita harapkan dari seorang bekas IGP yang bersara daripada jawatan tertinggi dalam jabatan polis dan menjadi ahli lembaga pengarah syarikat yang berkaitan dengan perjudian seperti Genting Higland.
"Ada dua isu di sini, etika pegawai atasan dalam kerajaan yang menyertai syarikat yang akan memberikan kesan kepada jabatan tempat beliau bertugas sebelum itu, dan yang kedua, sikap hipokrit melarang pekerja Islam bekerja di syarikat yang menyediakan arak namun membolehkan golongan elit Muslim masuk ke tempat perjudian," tulis Dr Kua.
" Tapi adakah (Mahathir) boleh lepas dari tanggungjawab walaupun bekas IGP dengan begitu hebat tampil ke hadapan dan mendapatkan kredit untuk itu?" soal Dr Kua terhadap tindakan Dr Mahathir yang terus-terusan cuba berselindung.
Malah Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, beliau telah bertemu dengan pembangkang dan menyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap.
Bahkan mantan perdana menteri itu juga mendakwa, beliau tidak boleh berbuat apa-apa selain patuh dengan tindakan pihak polis.