Siasatan polis terhadap Anwar bermotif politik

Penyiasatan terbaru ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) jelas bermotifkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas, kata Naib Presiden PKR, N Surendran.

Beliau merujuk kepada notis yang dikemukakan di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah oleh pihak polis kepada Anwar, semalam.

Notis tersebut mengarahkan Anwar untuk hadir ke Pejabat Polis Daerah Ampang untuk disoalsiasat polis berkaitan ceramah yang beliau sampaikan pada hari Jumaat, 25 Mac lalu di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak.