TERJAH UMNO / BN - KEADILAN DAN UNDANG-UNDANG

KEADILAN DAN UNDANG-UNDANG

1. Mengekang dan memusnahkan kebebasan kehakiman; berlaku bila Umno diharamkan pada tahun 1987. Tun Salleh Abas (salah seorang hakim terbaik dalam negara Komanwel) dipecat. Begitu juga dengan bekas hakim Tan Sri Wan Sulaiman dan Dato’ George Seah. Badan kehakiman diletakkan di bawah kuasa eksekutif. Rakyat saksikan kebobrokan Mahathir dan sekutu dalam kes Klip Video Linggam serta pelbagai helah , lakonan , pembohongan , penipuan, kebongkakan , kerenah , kenyanyukan , skrip cerita yang direka semata-mata untuk menutup dan mengabui mata rakyat.Di mana letaknya institusi kehakiman di Malaysia pada mata Mahathir dan sekutunya?


2. Tindakan mahkamah ke atas beberapa individu tidak dapat masuk akal rakyat yang matang fikirannya: Lim Guan Eng; orang yang cuba mempertahankan gadis bawah umur yang diperkosa dipenjarakan (dihukum 3 tahun pada 1.4.1998) (didenda RM15,000 pada 28.4.1997), gadis berkenaan ditahan tetapi si anak Thamby yang melakukan kedurjanaan bebas ke sana sini bak burung helang botak terbang di udara. DSAI dipukul hingga separuh mati dan muncul dengan mata lebam dipenjarakan, tapi yang memukulnya bebas tanpa sebarang ikat jamin. Sukma dan Dr Munawar yang dipaksa mengaku diliwat kena penjara, tapi Si Azizan Abu Bakar yang berbuih-buih mengaku depan Tuan Hakim, tak ada apa-apapun. Penulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri masih tidak dibicarakan di mahkamah atas tuduhan jenayah fitnah walaupun buku tersebut diputuskan oleh Mahkamah Tinggi KL sebagai menfitnah DSAI. Apa yang berlaku BN/Umno sibuk mengatakan pembangkang menjaja fitnah di setiap siri ceramahnya. Fitnah mereka, mereka tak kira?.. Hukuman yang tak relevan dengan kesalahan, bekas Inspektor polis Halim Din kena penjara 2 tahun kerana membunuh setelah melakukan maksiat. Sedangkan hukuman untuk DSAI 6 tahun, kesalahan yang tak tentu salahnya.

3. Kebebasan berakhbar amat terhad sekali dengan pelbagai akta yang sedia ada seperti Akta Mesin Cetak, Akta Rahsia Rasmi (OSA) serta ISA yang sentiasa menghantui pemikiran para wartawan. Akhbar-akhbar utama negara dijadikan sebagai penyambung lidah pemimpin-pemimpin yang rakus untuk terus mahu berkuasa. Tak hairanlah kenapa Mahathir disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 musuh utama kepada kebebasan akhbar sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia CPJ (NY Committee to Protect Journalist); Freedom House di Washington dan World Bank turut menyenaraikan Malaysia sebagai antara negara yang tiada kebebasan akhbar. Secara tidak langsung rakyat dinafikan hak untuk mendapatkan maklumat yang betul dan tepat.

4. Media elektronik dipergunakan sepenuhnya oleh pihak pemerintah bagi mengekalkan kekuasaan. Kenyataan pihak parti pemerintah dianggap sebagai berita yang patut dilaporkan. Lesen TV perlu dibayar tanpa mengira penyokong pembangkang atau pemerintah. Tapi bila ditonton siaran beritanya, hampir separuh dari waktu siaran hanya untuk kepentingan Umno. Apalagi kalau ada persidangan Umno, TV tu dah jadi macam kepunyaan bapa mereka pulak.

5. Kepimpinan negara begitu mudah membuat tafsiran bila berlaku sesuatu jenayah atau kezaliman pada anggota pembangkang. Apa tafsiran Mahathir ketika DSAI muncul dengan mata lebam, beliau menyatakan mungkin DSAI memukul dirinya sendiri. Satu kenyataan bodoh. Peguam Negara mengulangi lagi bila beliau menyatakan kemungkinan keluarga DSAI terlibat meracuni beliau. Mahathir mengatakan keracunan itu disengajakan untuk menaikkan kemarahan penyokong reformasi yang sudah reda. Satu lagi kebodohan yang jelas dipaparkan oleh pihak mereka. Begitu juga dengan kes Memali yang mengorbankan sejumlah ahli PAS.

6. Kenapa sampai boleh berlaku kes DSAI diracun, bilamana timbulnya laporan dari pihak DSAI yang mengatakan badan beliau dikesan mengandungi racun Arsenik berjumlah 230.0 ug/g creatinin. Dan kini muncul pula berita dari pihak kerajaan mengatakan sebaliknya.

7. Menyalahguna kuasa; rakyat ditahan dibawah ISA dipukul, didera, dizalimi. Tahanan tanpa bicara hanya kerana berani mengkritik pemerintah. Kes Memali, perlucutan jawatan Tun Suffian sebagai Ketua Hakim Negara, Ishak Baharom dan DSAI serta lain-lain amat jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa.

8. Memperkudakan jabatan peguam negara, badan kehakiman dan jabatan polis sebagai alat untuk mencapai cita-cita politik mereka. Hakim yang relevan ditendang, hakim dan peguam yang ikut kata mereka diangkat dan diberi tempat (Yusuf Chin, Mokhtar Abdullah, Abdul Wahab Patail, Augustine Paul, Ariffin Jaka dll).

9. Peguam Negara mengamalkan ‘selective prosecution’ sepertimana kes Datuk Jeffrey Kitingan (masuk aje BN kesnya ditarik balik), Zainal Rampak kes salahguna wang MTUC, Rahim Tamby Chik tak kena Lim Guan Eng pula yang terpenjara selepas didakwa, Rafidah Aziz dengan kes menantunya, Mohd Taib (orang kaya Selangor) dan Rahim Noor yang pukul DSAI.

10. Hak asasi manusia disekat begitu rupa di Malaysia dengan terdapatnya 12 akta yang bertentangan dengan hak asasi rakyat. ISA 1960 (bayangkan dalam dunia hanya 3 negara saja yang ada akta macamni: Israel, Singapore & Malaysia), Akta Kediaman Terhad 1933 (REE), OSA, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan, Akta Polis , AUKU 1971, Akta Kesatuan Sekerja 1997, Akta Pertubuhan 1966, Akta Ketenteraman Awam 1958 perlu dihapuskan atau dipinda jika ingin perkatakan soal hak asasi.