Umno ibarat pungguk rindukan bulan



Politik tanah air kini menyaksikan Umno dan BN terus mendendangkan irama lama yang kian sepi dan tidak dipeduli.

Malah seninya kian pudar, nadanya pula hilang pitching yang tepat. Persembahan juga tidak seimbang dan penampilan tampak pincang.

umno pasApabila Umno mengajak PAS sekali lagi menyertai BN dan jikalau PAS tidak mahu, keluar Pakatan Rakyat pun jadilah, saya lihat Umno kini seperti pungguk rindukan bulan.

Jelas sekali agenda mereka hanya satu, iaitu mengeluarkan PAS dari Pakatan yang dilihat semakin utuh. Dengan kata lain, tindakan itu untuk meretakkan kesatuan dan keutuhan Pakatan.

Demi bangsa dan agama! Begitulah nada lama yang pitching sumbang. Kononnya PAS tidak boleh bersama DAP kerana parti itu menentang perjuangan Islam.

Tiba-tiba MCA yang menjadi rakan kongsi Ummo dalam BN bingkas memberi amaran, jika PAS menyertai BN, pastikan PAS tidak memperjuangkan negara Islam.

umno mca chua soi lek najibInilah barangkali suatu contoh tindakan yang pernah disindir oleh Allahyarham P Ramlee sebagai "masuk angin keluar asap".

Menariknya, Umno seperti mengiktiraf perjuangan PAS untuk Islam. Justeru itu mereka sangat bimbang kalau perjuangan suci itu dihalang oleh DAP. Lantas mereka menggesa PAS keluar dari Pakatan.

'Malu-malu sayang'

Saya mahu ucapkan terima kasih atas pengiktirafan secara tidak langsung itu setelah sejak tahun 1951, PAS ditentang serta dibelasah habis-habisan oleh Umno dan BN. Mereka tidak pernah mengiktiraf perjuangan PAS untuk Islam sebelum ini.

Setelah saya kemukakan hujah dalam perenggan-perenggan di atas, isunya terhenti atas dua poin.

NONEPertama, demi bangsa dan agama, PAS tidak boleh menyertai BN kerana MCA, parti kompenan kedua terbesar dalam BN memberi amaran agar PAS tidak memperjuangkan negara Islam.

Pengerusinya DAP Karpal Singh bagaimanapun, di Konvensyen Pakatan yang lalu memperlihatkan keterbukaan terhadap dasar dan perjuangan PAS apabila beliau mengisyaratkan bahawa isu negara Islam boleh dibincang.

Ketika DAP memberi isyarat itu, MCA pula membentak keras dan memberi amaran kepada PAS supaya jangan memperjuangkan negara Islam.

Kedua, apabila Umno mengiktiraf Islam yang diperjuangkan PAS, lantaran itulah mereka kelihatan 'malu-malu sayang' lalu menggesa PAS keluar Pakatan kerana bimbang dihalang oleh DAP.

NONEMaka, amat wajarlah Umno yang menyertai PAS demi masa depan bangsa dan agama. Sekurang- kurangnya UMNO keluarlah BN kerana MCA jelas dan lantang menentang Islam dan penubuhan negara Islam, sementara Umno kini kelihatan sangat berminat dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Untuk apa lagi Umno menahan rasa dan membendung resah bersekongkol dengan MCA?

Politik Machiavelli

Saya meninjau pandangan awam. Rata-rata yang saya temui percaya Umno dan BN kini terdesak untuk memulihkan potensi untuk menguasai dua pertiga majoriti di parlimen.

sarawak election pakatan pc kuching 170411 01Tiada hubungan kedua melainkan Umno mesti merencana sesuatu untuk memecahkan kesatuan Pakatan yang menjadi satu-satunya tembok penghalang untuk mereka merealisasikan impian.

Dengan mengaibkan peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui penyebaran video lucah kepada umum dengan mendahului siasatan yang adil diyakini sebahagian usaha untuk melemahkan Pakatan.

Pembunuhan watak ini dilakukan dengan penuh teliti dan terancang. Ia merentasi kewajaran dan rasional masyarakat bertamadun.

Berteraskan prinsip politik Machiavelli,"matlamat menghalalkan cara", kini Umno mencipta satu lagi sejarah hitam politik negara dengan memperkenalkan politik lucah yang jijik dan mual.

NONESebahagian masyarakat pula cepat mengesan bahawa perkara ini tidak lebih dari sandiwara Umno dan BN. Ketika tangan kirinya menggapai PAS, tangan kanannya pula siap dengan belati dan sabit bermata dua untuk menikam dan mencincang.

Realiti ini jelas. Sebagai contoh, dalam pilihan raya peringkat negeri Sarawak tempoh hari, walaupun BN tahu PAS hanya bertanding 5 kerusi, tetapi presiden BN yang juga presiden Umno terus mengasak dan mengganyang PAS.

Ia seolah-seolah PAS satu-satunya lawan mereka di Sarawak.

Drama apakah ini?

Saya tidak bermaksud, malah tidak pernah berselera kepada Umno dan BN yang menghulurkan simpati kepada PAS, sehingga memberi laluan selesa untuk memenangi satu-satu pilihan raya. Tetapi apa yang perlu ditekankan ialah sikap.

Pastinya, adab dalam mengundang dan adab mahu berkawan didahului dengan berbuat baik dan beramah mesra. Apa yang berlaku, Umno dan BN terus menunjukkan sikap permusuhan dan dendam politiknya yang berterusan, kemudian mengajak PAS menyertai mereka.

Jika bukan sandiwara politik, maka drama apakah ini?

PAS tidak pernah menolak apa yang diajarkan Islam, seperti perpaduan ummah dan kerjasama baik demi negara, bangsa dan agama, selama mana ia benar-benar dibina atas landasan agama.

Wajarnya Umno pula menyertai PAS demi merealisasikan hasrat murni tersebut. PAS pernah mempunyai pengalaman menyertai Perikatan suatu ketika dahulu, kini eloklah Umno pula mengambil pengalaman tersebut.

Jika Umno enggan menyertai PAS demi bangsa dan agama, maka bagaimanalah Umno boleh fikir PAS mahu menyertai UMNO dan BN?

No comments:

Post a Comment