Risalah 'hina Melayu': Lim mahu ADUN minta maaf

Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menuntut ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad agar memohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan negeri itu bertanggungjawab ke atas satu risalah yang didakwa "menghina orang Melayu."

Lim berkata, ADUN berkenaan perlu menarik balik kenyataan berkenaan yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada hari Khamis lalu.

Pinda Auku Elak Mahasiswa Lesu???

Mahasiswa semalam dan hari ini adalah bakal pemimpin masa hadapan serta akan mengisi saf kepimpinan baru negara. Oleh itu, sebarang usaha dan inisiatif untuk memperkasakan lagi keperluan, kehendak, kebajikan dan hak asasi golongan realistik ini adalah sangat dialu-alukan dan perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak.

Berikutan itu, pindaan terhadap peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang kini berada di peringkat akhir adalah momentum baru kepada aktivisme mahasiswa di negara kita. Pindaan itu dijangka memberi manfaat kepada hampir sejuta penuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara.

Kebebasan Asasi & Kewarganegaraan

Apa itu kebebasan asasi?

Kebebasan asasi adalah hak dan kebebasan yang kita punyai sebagai manusia. Sesetengah kebebasan asasi ini diperuntukan di dalam Perlembagaan. Oleh itu, hak dan kebebasan ini dikatakan ‘dijamin’ dan tidak boleh diambil melainkan Perlembagaan membenarkannya.