Pelantikan bekas menteri besar Negri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Terlibat Dalam Asia Society – Rockefeller – Bukti Hubungan Anwar-Yahudi Belum Putus
Ketika News ini ditulis, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menghantar twitter berkenaan syarahannya di Asia Society, New York yang dijadualkan esok, 8 Februari, jam 6.30-8.30 pm.
Tidak dapat dipastikan, sama ada Anwar telah sampai ke New York atau masih dalam perjalanan.
Dua hari lepas, AIDCNews mengajak pengunjung laman ini memantau ucapan dan aktiviti Anwar di New York yang dijadualkan esok kerana ia bakal memberi impak kepada senario politik Malaysia akan datang. Klik di sini
Tajuk yang bakal dibentangkan Anwar juga signifikan dengan senerio semasa dunia hari ini, iaitu “Mesir dan Tunisia : Kesannya kepada Asia”, bahkan Ketua Umum PKR itu begitu ghairah dengan fenomena ini, hinggakan ditwitternya, beliau secara bertalu-talu memuji apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir sebagai ‘Freedom’ (Kebebasan). Satu patah perkataan yang ditulis ‘freedom’, pendek, tetapi kesannya amat mendalam.
Jumpa Najib: Sesetengah ADUN BN menipu
Beberapa ADUN BN dilaporkan berbohong tentang diri mereka sendiri ketika pertemuan hati ke hati mereka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Najib di Miri, minggu lalu.
ADUN BN, Dr Jerip Susil dan Daud Abdul Rahman mengesahkan sesetengah rakan mereka berbohong.
Dr Jerip, seorang pengamal perubatan berkata perdana menteri kelihatan marah apabila mendapati sesetengan ADUN tidak memberikan cerita yang sebenar mengenai kawasan mereka.

Bekas duta kecam Najib kerana ketegangan kaum
Mantan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott mengecam kemunafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung slogan 1Malaysia dalam sebuah artikel pedas yang diterbitkan di Asia Wall Street Journal, hari ini.
Malott, seorang pengkritik kerajaan sejak menamatkan jawatannya selama tiga tahun sebagai duta besar Amerika pada tahun 1998, berkata Najib perlu "merenung lama di cermin" jika beliau serius mahu melihat matlamat 1Malaysia tercapai.

Nurul Izzah: Jejantas apa RM70,422 semeter?
Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini mempersoalkan pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM10 juta.
"Angka ini bermakna, secara purata RM70,422 digunakan untuk semeter (jejantas), jumlah yang menuntut penjelaskan sama ada wang awam digunakan... dan mesti diambil tindakan," katanya yang juga naib presiden PKR.