'Tak sekolah, asal sokong Umno boleh jadi kaya'

“Anehnya pendidikan hanya setakat tingkatan lima, namun boleh bergaya dengan kehidupan mewah dan kereta besar. Syaratnya jadi ketua Umno.
”Sedangkan kita belajar sehingga ke luar negara, gaji hanya cukup makan, jauh sekali hendak pakai kereta besar.
”Inilah yang membuatkan saya berfikir dan berhenti sebagai Pengarah Biro Tata Negara untuk terlibat aktif dalam Umno,” kata bekas anggota  jawatankuasa Umno Sungai Petani yang kini anggota Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.(gambar)
Beliau mendedahkan pernah menjadi pengurus kempen kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika beliau bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia.

5 askar sembelih Burung Enggang digantung tugas

Lima anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk seorang pegawai yang didakwa menyembelih seekor burung enggang di Hutan Royal Belum, Perak digantung tugas dan akan dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya berharap hukuman itu akan dijadikan pengajaran kerana anggota ATM perlu menyelamatkan hidupan liar yang dilindungi walaupun menemui haiwan berkenaan dalam keadaan hampir mati.