Menurut satu sumber, sumpah laknat berkeupayaan untuk membuka satu pasaran yang lebih luas. Untuk membuktikan hujah sesetengah saudagar agama, satu sumpah laknat telah dipentas di Masjid Sentul. Para pelakon untuk bersumpah telah dipilih khas.
Berbanding dengan sumpah laknat tiga tahun dahulu, kali ini sumpah laknat lebih teratur dari segi pengurusan media. Secara terancang media telah membuat laporan berminggu-minggu tanpa putus tentang sumpah laknat. Laporan media ini cukup membantu kerana di hari pementasan, Masjid Sentul yang biasanya kosong tiba-tiba telah penuh sehinggakan tidak ada tempat untuk bersembahyang.
Anwar kembali ke tirai besi?
Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan optimistik apabila ditanya sama ada beliau akan didapati bersalah oleh mahkamah memandangkan beliau telahpun diminta membela diri berhubung perbicaraan kes Liwat II.
Tanpa berlengah, Anwar dengan yakin berkata, tiada sebab mengapa mahkamah perlu memutuskan sedemikian.
Ketika berdepan dengan persoalan sama pada 2009, Anwar kelihatan lebih yakin dan berkata "tidak mungkin" beliau akan kembali dikurung tirai besi; namun ketika ditanya dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, Anwar berkata "barangkali tidak."

Zahid: DAP 'anak jantan' jika keluar Pakatan
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar DAP supaya keluar daripada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.
Beliau berkata dengan bertanding atas "tiket sendiri" tanpa ada apa-apa pakatan dengan PKR dan PAS, ia dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat.
Beliau berkata dengan bertanding atas "tiket sendiri" tanpa ada apa-apa pakatan dengan PKR dan PAS, ia dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat.
Penembak upahan paling muda dipenjara seumur hidup
Seorang penembak upahan paling muda, Santre Sanchez Gayle yang menembak mati ibu muda, Gulistan Subasi pada Mac tahun lalu dihukum penjara seumur hidup oleh seorang hakim sebuah mahkamah di sini, lapor sebuah akhbar semalam.