Kenapa riuh dengan Utusan Malaysia. Kalau benar pun Utusan Malaysia adalah Utusan UMNO apa salahnya? Kalau sudah tahu bahawa Utusan Malaysia tidak akan membuka ruangan terbuka untuk pembangkang dan akan menyokong UMNO maka – itu adalah hakikat. Bila pembangkang mahu mencabar Utusan Malaysia – NGO Pro UMNO dan Pemuda UMNO Malaysia mempertahankan – maka itu sudah jelas milik UMNO. Apa perlu semua pihak berselindung – memang Utusan milik UMNO dan tidak payah pembangkang pura-pura terkejut dan membantah. Kalau media Internet dan tabloid lain ada yang cenderung kepada pembangkang maka Utusan Malaysia adalah milik UMNO pasti cenderung pada UMNO.