Ambiga: Reformasi perlu babitkan masyarakat sivil

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa jawatankuasa khas parlimen bagi mengkaji cadangan-cadangan bagi mengadakan reformasi dalam sistem pilihan raya negara ini adalah "langkah positif", tetapi lapan tuntutan yang dibangkitkan oleh BERSIH 2.0 mesti diambil kira, kata ketua pergerakan itu Datuk Ambiga Sreenevesan.

NONEKatanya, walaupun ikrar kerajaan bagi memastikan pilihan raya yang bebas dan adil adalah dialu-alukan, Najib perlu memperluaskan skop jawatankuasa itu termasuk membabitkan wakil-wakil masyarakat sivil.

"Saya percaya meneliti lapan tuntutan segera BERSIH mesti menjadi keutamaan. Kami berharap untuk melihat pembabitan masyarakat sivil dalam proses ini. Kami juga bersedia untuk membantu.

"Masih banyak yang perlu dilakukan sebelum pilihan raya umum ke-13," kata Ambiga dalam SMS dari UK, di mana beliau sedang bercuti.

Sementara itu, ADUN Titi Serong Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan medianya mempersoalkan adakah cukup jika Najib cuma berhasrat memperbetulkan sistem pilihan raya dengan cuma menggubal jawatankuasa terpilih parlimen.


“Ironinya Perdana Menteri sendiri telah mengakui bahawa wujud kepincangan dalam tatacara pengendalian sistem pilihan raya di Malaysia.

12 umat Islam dalam gereja beri keterangan di JAIS

Seramai 12 umat Islam, yang berada dalam sebuah gereja di Damansara Utama ketika pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru, tampil memberi keterangan dan menerima kaunseling di pejabat jabatan itu di Bangunan Sultan Idris Shah di Shah Alam, hari ini.

DAP tolak pelawaan Nazri untuk sertai BN

NONEPemimpin DAP hari ini berikrar untuk berdiri teguh bersama sekutu Pakatan Rakyat - PAS dan PKR - dan menolak pelawaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz untuk menyertai BN.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata undangan Nazri datang secara tiba-tiba itu dan beliau tidak pasti motif beliau berbuat demikian.

Usaha singkir Koh diperhebat

Tan Tee Beng
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia terus menyerang presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon dengan laporan hari ini yang mencabar beliau bertanding di Pulau Pinang bagi membuktikan dirinya masih relevan serta diterima rakyat negeri itu.

Kali ini, Utusanmemetik kenyataan ahli parlimen Nibong Tebal yang berpaling tadah, Tan Tee Beng (kiri) yang mendakwa Koh seolah-olah tidak tahu malu apabila terus menyalahkan orang lain semata-mata untuk mempertahankan dirinya yang didakwa telah membawa banyak sumbangan kepada Pulau Pinang sepanjang 18 tahun menjadi ketua menteri.

Hisham: Biometrik bukan cara k'jaan dapatkan wang

NONEDakwaan bahawa kerajaan membuat wang melalui pendaftaran pendatang asing di bawah sistem biometrik untuk program pengampunan 6P adalah 'tidak masuk akal', kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau enggan mengulas lanjut dakwaan yang ditimbulkan bulan lalu oleh NGO yang memperjuangkan hak pekerja Tenaganita, bulan lalu.

Pertemuan PAS-gereja petang ini ditangguhkan

Pertemuan antara PAS dengan pihak Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang dijadualkan hari ini berhubung serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu, ditangguhkan ke tarikh lain.

Ketika dihubungi Malaysiakini, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan bahawa pertemuan petang ini telah ditangguhkan.