Cara Sambut Perayaan Idul Fitri



Pengertian 'Idul Fitri

Kalimah 'Id (Bukan Aid) ialah kalimah bahasa Arab yang bermaksud perayaan atau hari ulang tahun. Fitri pula bermakna berbuka atau makan minum. Maksudnya, pada Hari Raya (tanggal 1 Syawal) umat Iislam dikehendaki berbuka dan haram berpuasa.

Hukum takbir, ziarah dan berhibur pada Hari Raya


SOALAN: Pada Hari Raya, sama ada Hari Raya Haji atau Hari Raya Puasa, selain makan minum yang agak mewah, umat Islam sejak malam raya biasanya bertakbir beramai-ramai di masjid dan ada juga kumpulan yang bertakbir dari rumah ke rumah. Pada esok harinya pula, mereka ke masjid kerana menunaikan solat raya. Selepas itu mereka menziarah keluarga, sanak-saudara dan kenalan rapat. Ada juga yang terus ke kubur untuk bertahlil dan berdoa kepada arwah yang telah meninggal dunia.