Arahan tutup mulut dikeluarkan pada SYABAS

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung operasinya tanpa kebenaran daripada kerajaan negeri, kata menteri besar.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebarang pengumuman hanya boleh dibuat selepas sesuatu perkara dibincangkan dalam mesyuarat harian antara SYABAS-kerajaan negeri yang akan bermula minggu depan.

"Ini termasuk pengumuman berkaitan catuan atau gangguan bekalan," kata Khalid selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam hari ini. Katanya, kerajaan negeri juga menguatkuasakan sebagagian daripada perjanjian antara kedua-duanya yang membenarkannya memantau operasi SYABAS. Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Khalid berkata, Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri akan mengeluarkan kenyataan akhbar setiap hari selepas selesai bermesyuarat dengan SYABAS.

Roh Harum Dan Roh Busuk

Hadis :

Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit." Kata Hammad :"Kerana baunya harum seperti kasturi." Kata penduduk langit " Roh yang baik datang dari bumi.

Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam." Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:"Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat." Kata Abu Hurairah selanjutnya:" Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,"Roh jahat datang dari bumi." Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat." - (Muslim)