Black Rose



ULASAN SEMASA: Black Rose tulisan Deepak – membuat tuduhan tanpa berani mengambil tanggung jawab dalam apa yang ditulis. Beliau menuduh Black Rose adalah seorang pembunuh tetapi takut membuat tuduhan sebenarnya. Beliau menulis dengan menggunakan nama yang bukan-bukan kerana takut disaman tetapi dalam masa yang sama menceritakan tindakan beliau adalah demi menuntut keadilan. Tuduhan yang dibuat menggunakan nama-nama lain untuk mengelakkan tindakan undang-undang tetapi mahu membuat tuduhan dianggap sebagai tidak bertanggungjawab. Apa pun setakat ini Deepak tidak mempunyai kekukuhan cerita yang boleh dijadikan bukti kukuh. Black Rose di tuduh sebagai pembunuh. Apa pun adakah tidak pula KARPEED pun sepatutnya di dakwa bersubahat dalam pembunuhan – sekiranya Black Rose dituduh membunuh dalam buku itu dan adakah tidak KARPEED juga seorang yang tidak bertanggungjawab dan sama sahaja dengan Black Rose.